BTC USD 76,493.1 Gold USD 4,346.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terkini!!! Link pengiraan dan pekeliling ssm baru jpa

SBPA Batal, SSM Ditambahbaikan, setuju?

  • Total voters
    0
salam na tanya skit nih.. cth; kalo bulan 3 nanti..thn 2012 nih ..saya mmg automatik naik ke gred 48 kalo mengikut sistem SSM lah ... tp kalo SBPA katanya kalo nak naik pangkat..mengikut kekososngan je kan... so macamana yer mintak pencerahan skit saya tak paham... meaning kalo saya sign SBPA maksudnya bulan 3 nanti saya mmg takdapat naik automatik ke 48 ke? kena tunggu ada kekosongan jer.... kalo guna sistem kipas(SBPA) macamni gamaknya mmg takder harapan lah nak naik gred 48...sampai ke tuo lah 44 ... ke camana yer? x adil betul ..dah bln 3 nak naik 48 dah... kawan2 tlg bagi pencerahan skit... x paham sgt lg.
 
bukan la bodek pun.. cuma kena ingatlah.. kita ni pekerja. so kena lah kerja, tak puas hati berhenti kerja.. stail macam swasta la pulak kan, prestasi bagus, naik gaji. kalo kerja asyik monteng ajer,, patut la kan kena buang kerja,, kalau tak makan gaji buta la pulak. korang semua kan rajin kerja, takkan la markah nak jadi bawah 70 pulak... yang markah 70 tu jenis tak datang kerja ikut suka dia ajer, mc pun tak bagi. tah cuti jenis apa yang dipakainya.yang ni lah yang nak di exit policy kan..
 
ha,,,ni yang soalan aku x berape pandai nak jawab ni,,,tuan kena tanya CC tuan, atau yang lebih bos dari tuan,,untuk penjelasan,,,
 
salam na tanya skit nih.. cth; kalo bulan 3 nanti..thn 2012 nih ..saya mmg automatik naik ke gred 48 kalo mengikut sistem SSM lah ... tp kalo SBPA katanya kalo nak naik pangkat..mengikut kekososngan je kan... so macamana yer mintak pencerahan skit saya tak paham... meaning kalo saya sign SBPA maksudnya bulan 3 nanti saya mmg takdapat naik automatik ke 48 ke? kena tunggu ada kekosongan jer.... kalo guna sistem kipas(SBPA) macamni gamaknya mmg takder harapan lah nak naik gred 48...sampai ke tuo lah 44 ... ke camana yer? x adil betul ..dah bln 3 nak naik 48 dah... kawan2 tlg bagi pencerahan skit... x paham sgt lg.

Kalau dlm SSM, ikut kekosongan kalau nak naik gred.
tapi dlm SBPA (DGA41 / 8th naik ke DGA44)(DGA44 / 8th naik ke DGA 48) (DGA 48 / 5th naik ke DGA 52 ) (DGA 52 / 3 th naik ke DGA 54) Itulah 8-8-5-3 (satu baris jak gajinya). guru diploma pun gitu (8-8-5) tanpa tunggu kekosongan. tapi time-based akan idurus kemudian selepas selaraskan gaji yg disandang sekarang dr SSM ke SBPA. Wallahualam.
 
ni aku tak nak join...sbb omar osman punya hal...kalau sistem tuh menguntungkan dia..tak der dia bantah punya..macam tahun 2007 dulu...aku nak sign jer,malas nak pikir

aku pun sependapat dgn ko bro..
kenapa zaman pak lah dulu diam jer..:-?

..
 
bukan la bodek pun.. cuma kena ingatlah.. kita ni pekerja. so kena lah kerja, tak puas hati berhenti kerja.. stail macam swasta la pulak kan, prestasi bagus, naik gaji. kalo kerja asyik monteng ajer,, patut la kan kena buang kerja,, kalau tak makan gaji buta la pulak. korang semua kan rajin kerja, takkan la markah nak jadi bawah 70 pulak... yang markah 70 tu jenis tak datang kerja ikut suka dia ajer, mc pun tak bagi. tah cuti jenis apa yang dipakainya.yang ni lah yang nak di exit policy kan..

kes aku plak,partner aku buat hal mesti aku slalu kena...thumbprint pkl 7 pagi pastu dia balik rumah tido...ptg baru masuk keje...aku lak dok tercongok duk opis dari pkl 8 smpi 5..dia masuk separh hari jer...bila org cari dia,tak jmpa,aku yg kena..tp skt sama jer markah dengan aku...agak2 klu gna SBPA ni adakah aku dapat keadilan??huhuhuhuhu
 
bukan la bodek pun.. cuma kena ingatlah.. kita ni pekerja. so kena lah kerja, tak puas hati berhenti kerja.. stail macam swasta la pulak kan, prestasi bagus, naik gaji. kalo kerja asyik monteng ajer,, patut la kan kena buang kerja,, kalau tak makan gaji buta la pulak. korang semua kan rajin kerja, takkan la markah nak jadi bawah 70 pulak... yang markah 70 tu jenis tak datang kerja ikut suka dia ajer, mc pun tak bagi. tah cuti jenis apa yang dipakainya.yang ni lah yang nak di exit policy kan..

kene bos yg suke dibodek...... hancuss organisasi tu... :p:p
 
Cuepacs : Tunggu kami jumpa pm

18 Disember 2011
SBPA: " TUNGGU SEHINGGA KAMI JUMPA PM"
Utusan Malaysia
18/12/2011

SHAH ALAM 17 Dis. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kakitangan awam tidak menandatangani surat opsyen menerima skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) sehingga wakil mereka bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, satu pertemuan dengan Najib akan diadakan pada 22 Disember ini di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya dekat sini bagi meluahkan kekecewaan mereka mengenai kelemahan skim baru itu.

Beliau berkata, dalam pertemuan dengan Perdana Menteri itu nanti, pihaknya akan memaklumkan mengenai beberapa kelemahan yang terdapat dalam SBPA kerana ia dibimbangi menganiayai kakitangan awam.

"Saya yakin Perdana Menteri sendiri pun tidak tahu wujudnya kelemahan dalam pengenalan skim ini kerana tidak diberi penjelasan terperinci oleh pihak yang sepatutnya bertanggungjawab menerangkan kepada beliau dan kami yakin beliau akan faham dengan masalah kami.

"Justeru, kami menggesa setiap kakitangan awam supaya tidak menandatangani surat opsyen menerima skim berkenaan sehingga kami selesai pertemuan dengan Perdana Menteri," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Kali Ke-11 Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal (KSKM) di Hotel Carlton Holiday di sini hari ini.

SPBA diumumkan oleh Najib pada pembentangan Bajet 2012 Oktober lalu yang menjanjikan skim gaji lebih baik berasaskan merit serta kenaikan tahunan di antara RM80 dan RM300.

Omar berkata, menerusi SBPA mereka yang menerima markah kurang daripada 70 selama tiga tahun berturut-turut selepas dibuat penilaian oleh pegawai mereka akan dinasihatkan untuk bersara awal.

"Ini hanya akan mewujudkan budaya bodek pegawai dan selepas ini kita akan lihat ramai kakitangan sokongan keluar untuk minum teh tarik bersama pegawai mereka di kantin pejabat supaya mereka akan dinilai dengan markah yang baik setiap tahun.

"CUEPACS bukan menolak cadangan untuk mewujudkan kakitangan awam berprestasi tinggi tetapi kami yakin ada cara lain untuk menentukannya," jelasnya.

Sementara itu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S.Subramaniam ketika ditemui pemberita di Seri Kembangan hari ini berkata, CUEPACS perlu menjelaskan secara lebih terperinci kepada kerajaan berhubung rasa tidak puas hati terhadap SBPA supaya ia dapat ditangani secepat mungkin.

Beliau berkata, perbincangan lanjut dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merupakan antara cara terbaik dalam membantu kerajaan mengambil langkah yang dapat menggembirakan semua pihak.

"Tujuan kerajaan ialah untuk membuat penambahbaikan dan peluang tambahan kepada anggota perkhidmatan awam, tetapi kalau ini mendatangkan isu, CUEPACS kena jelaskan kepada kerajaan supaya perkara itu boleh ditangani dan semua orang puas hati," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Antarabangsa Dr Ambedkar di Seri Kembangan hari ini.

sumber
 
Mana MTUC nih... langsung x tunjuk muka support CUEPACS... patot bgla sokongan kat sahabat PA... hari ni hari malang PA... x mustahil hari lain sektor lain pulak ditindas...
 
Back
Top
Log in Register