BTC USD 86,251.4 Gold USD 4,358.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terkini!!! Link pengiraan dan pekeliling ssm baru jpa

SBPA Batal, SSM Ditambahbaikan, setuju?


  • Total voters
    0
SBPA: Cuepacs bantah, arah staf kerajaan tidak tandatangan borang opsyen

TERKINI @ 08:06:01 PM 15-12-2011
Oleh G Manimaran
December 15, 2011

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Cuepacs hari ini mengambil pendirian membantah pelaksanaan opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan menggesa kakitangan awam jangan menandatangani borang penerimaan skim gaji baru itu sehingga pihaknya mengadakan pertemuan dengan perdana menteri minggu depan.

Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata pihaknya bukan menolak SBPA tetapi membantah pelaksanan opsyen kerana tidak cukup maklumat dan kurang penjelasan khususnya perubahan gaji.

“Kami memutuskan untuk membantah pelaksanaan opsyen SBPA, kita mahu jumpa perdana menteri pada 19 Disember ini,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider di Perlis.

Seramai 1.4 juta kakitangan awam diberi masa dua minggu mulai esok untuk menerima opsyen sistem SBPA.

Azih berkata pihaknya akan menjelaskan kepada perdana menteri alasan-alasan pihaknya membantah pelaksanaan opsyen dan beberapa perkara lain yang berkaitan.

“Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adakan program jelajah, tetapi tidak memberikan penerangan dan penjelasan terperinci mengenai pelaksanaan SBPA, carta perubahan gaji tidak diberikan, tiada maklumat mengenai dasar pemisah atau exit policy.

“Kakitangan awam yang menghadiri taklimat diberi borang opsyen dan diminta tandatangan terus, walaupun tidak faham dan kurang maklumat,” kata beliau.

Cuepacs mengadakan mesyuarat kongres di Kuala Perlis hari ini bagi membincangkan pelaksanaan SBPA, yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Opsyen menerima SBPA akan dibuka mulai esok. Ia telah menimbulkan rasa tidak puas hati antara lain berkaitan peratusan kenaikan gaji dan dasar pemisah atau ‘exit policy’.

Pekeliling SBPA dikeluarkan 7 Disember lalu.

Semalam, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, “(mesyuarat) kongres (di Kuala Perlis) khusus membincangkan SBPA kerana taklimat JPA kepada kami hanya menyentuh perkara dasar.”

“Kami juga tiada maklumat tambahan selain pekeliling yang diedarkan,” katanya.

Katanya, tempoh dari 16 hingga 30 Disember ini yang diberi JPA kepada penjawat awam untuk menandatangani surat tawaran SBPA juga terlalu singkat.

“Pada pengetahuan kami tawaran JPA melalui SBPA seolah-olah penjawat awam tiada pilihan. Macam mana kita hendak setuju terima jika kandungan penuh tawaran tersebut tidak jelas,” kata Omar.

Tambah beliau, hasil taklimat Cuepacs dalam jelajahnya ke sembilan buah negeri sehingga hari ini ramai anggota-anggotanya menyatakan mereka tidak memahami dengan jelas SBPA.

Antara perkara utama dibangkitkan mereka ialah prestasi bagi yang mendapat markah tinggi adakah benar akan mendapat apa yang dijanjikan dan kesannya kepada yang mendapat markah kurang dari 70, tambah beliau.

sumber......
 
Sape tengok TV3....ada sebut SBPA tetap akan diteruskan oleh kerajaan januari 2012. PA yang baru masuk 2012 automatik tertakluk kepada skim ini.
 
patut dapat mesej pagi tadi..katanya SBPA tak adil untuk kumpulan perlaksana...
 
banyak betul la wayang melayu ni...
 
Dengar cerita jadual gaji yang ada tepek kat CG nie dengan lain2 blog tak sama dgn lampiran C yg belum dapat tu. Betul ke???
 
Dengar cerita jadual gaji yang ada tepek kat CG nie dengan lain2 blog tak sama dgn lampiran C yg belum dapat tu. Betul ke???

Wallahualam...banyak betul ceritenye...tempat aku kabonye taklimat 22hb ni...entah bile nak sainnye borang tu,,
 
Dengar cerita jadual gaji yang ada tepek kat CG nie dengan lain2 blog tak sama dgn lampiran C yg belum dapat tu. Betul ke???

Sama, yang jusa tu pun sama.... Premier je tak de yang tempek kat sini... Kalau tak, ramai yang tekezut.... Aku pernah paste kat wall FB kppa, tangga gaji gred 17 hingga premier 1, perbezaan gaji, tak sampai 1 jam kena delete & aku terus kena band dari FB kppa...
 
Sama, yang jusa tu pun sama.... Premier je tak de yang tempek kat sini... Kalau tak, ramai yang tekezut.... Aku pernah paste kat wall FB kppa, tangga gaji gred 17 hingga premier 1, perbezaan gaji, tak sampai 1 jam kena delete & aku terus kena band dari FB kppa...

tepek kat sinilah, nak tengok.
 
Back
Top
Log in Register