BTC USD 83,682.6 Gold USD 4,129.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terkini : Hukum ASB dan ASN

dah banyak kali bincang...selak2 la....

sebelum dia dah kuar dari majlis fatwa hukum dia harus.

adeiiii....lantak la, aku bukan ada asb pon.
 
mana satu ni...kejap haram..kejap harus...haram balik...kang harus pulak. Klu amik tgh2 jdla ramrus :D

ps: agen2 UT tgh tersenyum ni
 
huhu....susah jugak nak cari rezeki yg halal nie ya?
 
mana satu ni...kejap haram..kejap harus...haram balik...kang harus pulak. Klu amik tgh2 jdla ramrus :D

ps: agen2 UT tgh tersenyum ni

huhu...tak tahu la den...kena ada pendesak, mcm uzar cakap tu
 
kena tgk blk knp majlis ulama keluarkan hukum harus. majlis ulama melihat kpd ke maslahat umat. btul ke ejaan hamba?

manakala bg majlis syariah pula, bg mereka hukum tetap hukum.

aku masa lepas tahu asb haram, habis aku keluarkan duit masuk UT. lepas majlis fatwa kata harus, aku keluarkan duit dr UT masuk dlm ASB.

aduhai... susah sangat ke mencari titik pertemuan?

takkan aku nak kena p keluar blk duit dlm asb tu? ~X(~X(~X(
 
Haram ker? Tiap tahun makan belas riban jugak aku ngan rezeki "haram" ni
 
Hari ini saya menerima satu email yang mengandungi satu attachment surat dari Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia kepada Setiausaha, Majlis Penasihat Syariah salah sebuah Bank Islam di Malaysia berkenaan hukum Amanah Saham Bumiputra (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN).

Apa yang jelas, telah saya sebutkan sebelum ini berkali-kali, walaupun ia telah disahkan harus oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia. Namun kaedah dan implementasi ASB dan ASN bercanggah dengan panduan sebuah saham amanah yang diiktiraf PATUH SYARIAH oleh Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia.

Tatkala itu, bolehlah dianggap terdapat perbezaan pendapat dalam menentukan hukum ASB dan ASN antara dua badan pengeluar hukum yang terbesar di Malaysia. Bagi mereka yang ingin lebih berhati-hati dan menjamin tidak terjebak di dalam yang haram, kerana harta akan menjadi darah daging diri dan ahli keluarga. Saya menyarankan agar melihat dengan lebih teliti keahlian ahli-ahli fatwa dari kedua-dua badan terbabit.

Jika di tanya kepada pendapat peribadi saya, saya lebih cenderung kepada pendapat Majlis Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dalam hal ini setelah melihat kepada panduan yang diletakkan mereka bagi mengiktiraf sesebuah Amanah Saham yang patuh atau tidak patuh Syariah.

Anda mungkin berkata,

"SAYA TIDAK PEDULI, ASALKAN MAJLIS FATWA LULUSKAN, SAYA AKAN BERPEGANG DENGANNYA KERANA MEREKA YANG TANGGUNG DI AKHIRAT"

Ulasan saya, Allah swt memberikan kita aqal untuk memerhati dan meneliti pandangan kedua-dua badan besar ini setakat kemampuan yang ada, berfikirlah. JIia benar-benar setelah membaca hujjah kedua-dua pihak, lalu anda yakin dengan salah satu antaranya. Anda telah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim yang baik. Namun jika, sambil malas dan ingin mengambil mudah, lalu terus berpegang dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, tanpa mengendahkan hujah Majlis SYariah Suruhanjaya Sekuriti. Tatkala itu, individu tersebut tidak berada dalam situasi yang sepatutnya.

Perlu difahami bahawa Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dianggotai oleh individu yang sememangnya specialist dan berpengalaman di dalam bidang muamalat dan kewangan Islam. Untuk melihat senarai ahlinya, sila buka di sini .

Hasil daripada surat ini, Suruhanjaya Sekuriti kelihatan TIDAK MEMBENARKAN bank-bank Islam di Malaysia memberikan pembiayaan tunai kepada pelanggan yang ingin menyertai ASB dan ASN.

Berikut adalah tulisan-tulisan saya yang lalu berkenaan ASB dan ASN. Dan Kita masih mengharap pihak ASB dan ASN mengambil inisiatif lebih tulen untuk melayakkan mereka digelar patuh syariah oleh Majlis Syariah SC, Malaysia.

1) Perbincangan Hukum ASB

2) Tak Puas Hati Berkenaan Hukum ASB

3) Majlis Fatwa kata ASB Harus : Ulasan UZAR

Sejurus mereka mengubah kaedah pelaburan mereka dan diluluskan oleh Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti. Di ketka itu, semua artikel-artikel saya berkaitan ASB tidak lagi terpakai tentunya.

Sekian,



Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

16 Feb 2009
 
hmm...apa sudah jadik?...
 
kena tgk blk knp majlis ulama keluarkan hukum harus. majlis ulama melihat kpd ke maslahat umat. btul ke ejaan hamba?

manakala bg majlis syariah pula, bg mereka hukum tetap hukum.

aku masa lepas tahu asb haram, habis aku keluarkan duit masuk UT. lepas majlis fatwa kata harus, aku keluarkan duit dr UT masuk dlm ASB.

aduhai... susah sangat ke mencari titik pertemuan?

takkan aku nak kena p keluar blk duit dlm asb tu? ~X(~X(~X(

nasihat aKU, kita masih ada tabung haji yg punyai return yg kompetitif dan berkat (sbb dizakatkan). takyah ko pening2 kpala bro...:D
 
pegi kat UT sudah la.
tanye je tenukelang tu:))

kalo dah haram, mesti ada option lain tu org islam nak melabur ni..
 
Back
Top
Log in Register