BTC USD 82,456.7 Gold USD 4,124.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

terkini dari perkarangan DUN perak

polis yg angkat speaker? takde keje lain ke?
 
yer..pasti nuar terngiurrr...sampai berjejes2 air liur dia...

Mahkamah pun tak de bukti nak sabitkan kes ini nape anda yang mengaku diri Islam bertamaddun membuat keputusan....anda tau apa hukuman Allah SWT kepada hambaNYA yang membuat 'FITNAH' sebegini??????apa pun bila kita nak berkata-kata berhemahlah jangan sampai kita menempah NERAKA selama-lamanya!!!!!!!Nauzubillah
 
polis yg angkat speaker? takde keje lain ke?

Tugas Polis menjaga keamanan agar negara kita tidak mudah DIBOLOSI...oleh orang luar dengan semudahnya....kerana terlampau leka menjaga hal-hal politik......sempadan Malaysia bocor sebocor-bocornya.....ape tidak sekarang ni ada 2.2juta manusia HARAM berkeliaran diMalaysia ...mereka bebas bekerja mencari rezki, bebas berniaga merampas HAK rakyat Malaysia....APE POLIS MALAYSIA BUAT???????????????????????:mad::mad::mad::mad:
 
rakyat bukan tak da mata nak tengok kezaliman kerajaan Be..end sekarang( buta dan sebutanya..).Tunggulah Nasib PRU 13
 
IPOH – Speaker ‘diangkat’ keluar dewan, wakil-wakil rakyat pembangkang menyerbu dan memaki hamun barisan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) serta paling memalukan, Pemangku Sultan Perak terpaksa menunggu enam jam sebelum dapat merasmikan persidangan.

Itulah antara drama pada perasmian mesyuarat pertama penggal kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak semalam yang berakhir dengan ‘pasukan’ kerajaan BN berjaya mengambil alih kuasa yang menjadi hak mereka di dalam dewan tersebut.

Ketegangan tercetus sebaik sahaja semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) memasuki Dewan selepas Pemangku Sultan Perak, Raja Dr. Nazrin Shah selesai menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan anggota keselamatan pada pukul 10.05 pagi.

Sidang yang sepatutnya dirasmikan oleh Raja Dr. Nazrin bagaimanapun terpaksa ditangguhkan sehingga pukul 3.05 petang gara-gara Speaker, V. Sivakumar secara tiba-tiba mengarahkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam Exco keluar dewan.

Sivakumar turut mengarahkan tiga ADUN Bebas yang menyokong BN iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang), Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) berbuat demikian.

“Saya hanya akan memulakan sidang ini jika kesemua 10 orang itu keluar dari dewan,” katanya berulang kali.

Suasana riuh-rendah mula menyelubungi dewan apabila wakil rakyat Pakatan Rakyat menjerit dan mendesak 10 ADUN terbabit mengikuti ‘arahan’ Sivakumar.

Namun kira-kira 16 minit kemudian, biarpun dihalang menggunakan pembesar suara oleh beberapa ADUN Pakatan Rakyat, Dr. Zambry bangun membacakan usul memecat Sivakumar daripada jawatan Speaker dan ia disokong sebulat suara oleh 27 ADUN BN dan tiga ADUN Bebas dengan mengangkat tangan.

Dewan kemudian terus panas apabila Timbalan Speaker dilantik Pakatan Rakyat, Hee Yit Foong yang kini ADUN Bebas mengemukakan usul supaya beliau mengambil alih peranan Speaker berdasarkan Perintah Tetap 12.2, Peraturan Mesyuarat DUN Perak.

Tindakan Yit Foong itu kemudian disusuli usul melantik Speaker DUN Perak yang baru oleh Dr. Zambry yang mencadangkan bekas ADUN Sungkai, Datuk R. Ganesan. Cadangan tersebut disokong oleh ADUN Sungai Rapat.

Kira-kira pukul 11.03 pagi, Ganesan dipanggil masuk dan dipakaikan jubah Speaker oleh Dr. Zambry.

Senario itu mencetuskan pertengkaran besar di kalangan wakil rakyat kedua-dua pihak dan ADUN Pakatan Rakyat kemudian cuba menghalang Ganesan daripada membaca perakuan sumpah jawatan.

Sidang kemudian berjaya ‘ditangguhkan’ oleh Ganesan selama sejam sebelum bersambung kira-kira pukul 12.20 tengah hari.

Sejurus DUN kembali bersidang, kekecohan semakin ketara selepas Ganesan cuba mengambil alih tempat Bentara di tengah-tengah dewan untuk menjalankan tugas sebagai Speaker dan tindakannya itu menyebabkan lebih 15 ADUN Pakatan Rakyat mengerumuninya.

Ia berlarutan selama lebih dua jam dan sepanjang tempoh itu, wakil rakyat Pakatan Rakyat tidak berputus asa mengepung dan menghalang Ganesan daripada menggunakan pembesar suara sehingga berlaku pergelutan di kalangan wakil rakyat kedua-dua pihak.

Ini mendorong lebih 30 anggota polis berpakaian preman masuk ke dalam dewan untuk meleraikan mereka.

Sivakumar yang sejak empat jam sebelum itu tidak berganjak daripada tempat duduknya bagaimanapun diangkut keluar anggota polis terbabit walaupun dihalang wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Ganesan kemudian memulakan tugasnya sebagai Speaker baru DUN Perak dan menjemput Raja Dr. Nazrin Shah yang sepanjang tempoh ‘kekecohan’ itu berada di Bilik Diraja. Baginda menyempurnakan perasmian pembukaan mesyuarat tersebut kira-kira pukul 3.15 petang.

Persidangan penggal kedua DUN Perak ke-12 yang berakhir pada pukul 3.50 petang itu kemudian ditangguhkan ke satu tarikh yang ditetapkan kemudian.



Lorr kat sinikan dah jelas berapa orang ADUN BN dan berapa orang ADUN PKR. Dah ada majoriti pun masih berbalah.. kenyatan tetap kenyataan...
 
kesimpulannye persidangan semalam telah wujud speaker haram yg baru
 


Tugas Polis menjaga keamanan agar negara kita tidak mudah DIBOLOSI...oleh orang luar dengan semudahnya....kerana terlampau leka menjaga hal-hal politik......sempadan Malaysia bocor sebocor-bocornya.....ape tidak sekarang ni ada 2.2juta manusia HARAM berkeliaran diMalaysia ...mereka bebas bekerja mencari rezki, bebas berniaga merampas HAK rakyat Malaysia....APE POLIS MALAYSIA BUAT???????????????????????:mad::mad::mad::mad:


bising macam ni pun buat sakit hati je.Kita ajar je Si Najib ni masa Pilihanraya nanti.Tapi bukan untuk PKR dan DAP.AKu nak PAS jadi tokan besar dalam pemerintahan.PKR takde beza ngan UMNO.Hanya PAS aje yg masih utuh berjuang dijalan yg mulia.

Bila kes mualaf peluk Islam aku makin sakit hati ngan Najib.:(scam
 
Mahkamah pun tak de bukti nak sabitkan kes ini nape anda yang mengaku diri Islam bertamaddun membuat keputusan....anda tau apa hukuman Allah SWT kepada hambaNYA yang membuat 'FITNAH' sebegini??????apa pun bila kita nak berkata-kata berhemahlah jangan sampai kita menempah NERAKA selama-lamanya!!!!!!!Nauzubillah

hel elee...ni sekor lg BATU API...ngalahkan yahudi...weii BATU API...kang aku maki kau kang...kau salahkan aku plak...aku x sentuh kau...jgn sentuh aku...kau suke maki BN..aku plak suke maki PKR ...apa masalaah kau...mak bapak kau bg aku makan????
 
takyah le bising2. sudah2 ler. bagi aku senang jer. vote aku mmg kat "selain bn" jer. tak sabaq tunggu PRU akan datang!
 
takyah le bising2. sudah2 ler. bagi aku senang jer. vote aku mmg kat "selain bn" jer. tak sabaq tunggu PRU akan datang!


mcm bro bagus...takder jd BATU API...x mcm lain2 kt dalam ni...mmg ada penyokong dan pembangkang...biasalah tu..kalau x suke jgn pangkah....tkder nak jaga dlm spender org....yg aku maki2 aritu...semer suke jaga spender org.... aku sound pemimpin ajer...tp diorang2 suke sambil2 aku.....apa pasal pun aku x tau...aku x kacau pun diorang....
 
Back
Top
Log in Register