BTC USD 63,285.7 Gold USD 4,344.07
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terkenang Arwah Zul..

FaRid^sp

Super Active Member
Messages
5,744
Joined
Mar 8, 2009
Messages
5,744
Reaction score
14
Points
65
Tengah sedap layan imeem tiba2 berkumandang lagu syahdu dari kumpulan Massa yang popular diawal 90’an bertajuk “Amanda Gadisku”.Teringat tentang vokalisnya iaitu Allahyarham Zulkifli Mat Amin (Zul),32 yang telah meninggal dunia pada 16 Julai 1996 selepas koma hampir 2 minggu di Hospital Tuanku Ampuan Afzan, Kuantan akibat dibelasah sekumpulan lelaki tidak dikenali di tempat letak kereta sebuah hotel di Balok.
Allahyarham dan kumpulannya yang popular dengan lagu "Patahnya Sayap Malam" mengalami kecederaan teruk di bahagian muka dan usus akibat insiden itu malah terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan sepanjang menjalani rawatan rapi di hospital berkenaan. Difahamkan berlaku pertengkaran di antara Zulkifli dan kumpulan lelaki berkenaan sebelum beliau dibelasah tanpa belas kasihan, namun punca sebenar kejadian masih tidak dapat dipastikan (dengar citer kes ngorat bini org - wallahualam)..
Ni ada 2 buah video klip nyanyian Zul..

http://www.youtube.com/watch?v=cC9IGtfHE1E

http://www.youtube.com/watch?v=AbevlUjYeAA
 
massa.jpg
 
Al fatihah...
 
artis mana tu..tak kenal lak
 
al-fatihah...
semoga rohnya dicucuri rahmat
 
Back
Top
Log in Register