salamun 'alaik,
Khabarnya wali-wali Allah yang dtg berdakwah ke Nusantara dulu di awal kedatangan Islam adalah dari Daerah Gujerat, India dan daerah ini pulak bersebelahan atau masih dekat dengan daerah Khurasan (Iran). Tak pasti pulak kalau ada di antara mereka yg direct dari Kota Damsyik atau Kota Makkah atau Kota Madinah, tapi hubungkait antara kota-kota di Khurasan, Gujerat & Kuffah adalah sgt rapat sesuai dgn persetujuan antara Saidina Hassan ra. dgn Muawiyah supaya daerah Utara ini diurus oleh kelurga baginda.
Kuffah ialah kota lama di antara Baghdad dan Najaf. Berdekatan dengan basrah. Seperti biasa kata-kata hikmah ini adalah membuktikan dirinya "sejarah akan berulang". Kenapa? Saidina Ali ra. pernah ditinggalkan dalam peperangan oleh penduduk Kuffah. Demikian perkara yg sama berlaku kepada Saddam Hussien. Mungkin kalau dikorek2 byk lagi sejarah silam yg serupa di sana.
Selepas Islam bertapak di Nusantara, barulah idea-idea dari Tanah Suci Makkah, Mesir dsb. mula menerobos ke minda orang Melayu.
Tolong betulkan jika salah.