BTC USD 85,713.5 Gold USD 4,159.17
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terkena Sumpahan

AceGlobal13

Active Member
Messages
1,969
Joined
Dec 22, 2008
Messages
1,969
Reaction score
81
Points
30
Ketika pemerintahan imam Ali a.s, beliau telah berkhutbah di dataran Rahbah dengan berkata: “Aku harap sesiapa diantara umat Islam yang pernah mendengar Rasulullah telah bersabda di Ghadir Khum bahawa: "Siapa yang menjadikan aku pemimpinnya, maka Ali adalah pemimpinnya" hendaklah ia bersumpah dan memberi penyaksian ke atas apa yang telah ia dengari. Janganlah sesiapa berdiri melainkan orang itu benar-benar menyaksikannya dengan kedua belah matanya dan mendengar dengan kedua telinganya!”

Mendengarkan ucapan perintah tersebut, maka berdirilah 30 orang para sahabat Nabi. 12 orang diantara mereka adalah sahabat yang pernah menyertai perang Badar. Mereka lalu memberikan penyaksian dengan bersumpah bahawa baginda Rasul telah mengangkat tangan Ali sambil bersabda: "Tahukah kamu bahawa aku ini lebih utama dari diri-diri orang mukimin dari diri mereka sendiri? Mereka menjawab: Benar! Lalu Nabi bersabda lagi: "Barangsiapa yang menjadikan aku ini pemimpinnya, maka Ali adalah pemimpinnya. Ya Allah, pimpinlah orang yang menjadikannya pemimpin dan musuhilah orang yang memusuhinya"

Namun begitu, sebahagian para sahabat yang pernah hadir di Ghadir Khum dan mendengarkan sabdaan tersebut tidak berdiri membuat penyakisan diantaranya Anas bin Malik. Setelah melihat Anas tidak mahu berdiri dan memberikan penyaksian, imam Ali lalu turun dari mimbar menuju kepadanya lantas berkata: Wahai Anas, mengapa kamu tidak bangun memberikan penyaksianmu seperti mereka? Anas menjawab: Wahai Amirul mukminin, usiaku sudah lanjut dan aku terlupa. Imam lalu berkata: Jika kamu berbohong, maka Allah akan menimpakan ke atasmu penyakit sopak (keputihan di ruangan kulit) yang tidak dapat ditutupi dengan serban! Belumpun sempat Anas bangun dari tempat duduknya, tiba-tiba wajahnya menjadi belang (bertompok-tompok) lalu dia berkata: Aku telah terkena sumpahan doa seorang hamba soleh kerana aku menyembunyikan penyaksian.

Peristiwa ini sangat masyhur dan telah disebutkan oleh Ibnu Qutaibah di dalam kitabnya Al-Ma`arif dan beliau menggolongkan Anas dalam golongan orang-orang cacat bagi kategori penyakit sopak.

(Rujuk: Al-Ma`arif: Ibnu Qutaibah ad-Dainuri. Hal 194 & 391)

Begitu juga Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya telah menyebutkan riwayat yang berbunyi: "…..maka berdirilah mereka kecuali 3 orang yang tidak mahu berdiri lalu mereka terkena sumpahan doanya"

(Rujuk: Musnad Ahmad: Bil Hadits. 964)

Tiga orang yang dimaksudkan menerusi hadits riwayat Ahmad tersebut ada dinyatakan oleh al-Baladzuri di dalam kitabnya Ansabul Asraf dengan menyambung riwayat tersebut. Katanya: Aku bawakan peristiwa sumpahan imam Ali ke atas persaksian itu. Di bawah mimbar tersebut adalah Anas bin Malik, al-Bara` bin `Azib dan Jarir bin Abdullah al-Bajali. Setelah itu imam Ali mengulangi permintaannya tetapi tiada sesiapa yang menyahutnya. Maka imam lantas berdoa: "Ya Allah, sesiapa yang menyembunyikan persaksian sedang mereka mengetahuinya, maka janganlah Engkau mematikan mereka melainkan setelah Engkau jadikan padanya satu tanda yang dapat dikenali padanya". Anas bin Malik menjadi sopak, al-Bara` menjadi buta dan Jarir kembali menjadi murtad setelah berhijrah kemudian datang kepada Khawarij dan mati di rumah ibunya. Peristiwa ini sangat masyhur dan dinukil oleh sekumpulan besar dari kalangan ahli sejarah.

(Rujuk: Ansabul Asyraf: Juz 1 & 2 halaman 152.)

Anas bin Malik menjadi sopak: Rujuk: Al-Ma`arif: Hal 194 & 392, Syarh Najul Balaghah: 4/74 dan `Abaqatul Anwar: 2/309.
Al-Bara` menjadi buta: Ansabul Asyraf: 1/197 dan `Abaqatul Anwar: 2/312.

Zaid bin Arqam menjadi buta: Rujuk: Manaqib Ali Ibnu Maghazili: Hal 32, Syarh Nahjul Balaghah: 4/74, Sirah Halabiyah: 3/337 dan `Abaqatul Anwar: 2/312.

Jarir menjadi murtad: AAnsabul Asyraf: 2/156 dan `Abaqatul Anwar: 2/313.


 
aku mmg xtau sirah selepas kewafatan rasulullah saw.

byk pndapat ulama mengajak utk kita berkecuali jika ia melibatkan unsur pemisahan kpd sunni dan syiah.

sbb ada yg berpendapat sirah dia byk diolah oleh orientalis atau musuh islam..

no harm, but peace..:)
 
Kiranya Hadrat Ali yg sepatutnya jd Khalifah pertama....
kan?
:D:D:D
 
tak habis-habis dengan syiah...
 
Kalau mengikut syiah, ramai sahabat telah murtad atau berpaling tadah, yang betul2 ikut Ali sedikit sahaja...

Kesimpulan nya dari pandangan syiah Rasulullah telah gagal dalam dakwah dan perjuangannya kerana ra,ai sahabat telah kembali murtad atau menentang Ali(yang bermakna menentang Rasulluah). Termasuk abu Bakar, Umar, Usman.

Ceritanya macam biasalah, sepatutnya Ali jadi khalifah pertama.
 
Last edited:
risau bila tgk cerita atau mungkin sirah di atas..:-?
jd ape manfaat yg kita dpt drp cerita yg disampaikan ini??:-?

setiap kisah ada mesejnye/moral of the story..

p/s: aku tgk, cerita ni bersifat agak defensif dan menyebelahi saidina ali. apa natijahnya drpd cerita ni? apa manfaat yg kita dpt dgn menghayati cerita ni?:-?
 
Mereka menjawab: Benar! Lalu Nabi bersabda lagi: "Barangsiapa yang menjadikan aku ini pemimpinnya, maka Ali adalah pemimpinnya. Ya Allah, pimpinlah orang yang menjadikannya pemimpin dan musuhilah orang yang memusuhinya"

aku xberapa jelas dgn petikan ni..

setau aku rasulullah sekali2 tidak pernah memusuhi umat manusia. rasulullah sgt2 sygkan umatnya walaupun di saat baginda menghampiri ajalnya..baginda tidak putus2 menyebut "ummati..ummati" betapa sygnya baginda akan umatnya yg bakal ditinggalkan baginda..:(

baginda juga pernah dibaling dgn batu2 mahupun najis yg tentunya sgt menjijikkan semasa berdakwah di suatu tmpat (aku lupa plak nama tmpatnya):p..namun disaat malaikat jibril ingin membantu untuk memberi balasan yg setimpal kpd kaum kafir di situ, baginda tidak membenarkan jibril membalasnya..:-?

wallahualam..:)
 
Xkisah la saper pun dr khalifah berempat naik dulu.aku sayang semuanya.
Xkira syiah atau aswj aku sayang semua saudara seislamku selagi mereka tidak memusuhiku kerna islamku.
 
Back
Top
Log in Register