BTC USD 84,603.2 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terkena Sumpahan

tak habis2 pasal syiah.. segala yg telah berlaku adalah mengikut ketentuanNya..
 
x de sape pon yang hidup pada masa tu yang masih ade sekarang,n masing masing akan mengatakan dirinya betul,x kira syiah atau sunni,pertikaian yang x akan habis,dan x memberi manfaat kedua-dua belah pihak yang mengaku sebagai umat Islam.nak komen lebih lebih x pandai,layan je la takat mana thread ni boleh pegi

Mana boleh Org Islam kena ada pendirian dan berilmu. Hanya Satu je yg benar sbb antara syiah dan sunnah jalan dia jauh menyimpang.

Orang syiah depan sunni mmg dia cakap sama dgn kita walhal tidak sama sekali... Sbb dia boleh takiyyah/ taqyah.

Syiah wujud sejah zaman saidina Usman. bayangkanlah dah berapa kurun abad? Oleh itu cerita2 di reka sejak zaman-berzaman oleh ulama2 atau org2 syiah sejak dahulu lagi, dan ada dgn tujuan utk menyanggah fakta2 org sunni(org Islam) dgn fakta2/atau cerita2 palsu dari syiah.

Syiah dag sunni tidak boleh bersatu kecuali syiah bertaubat dgn menganut Islam sebenarnya. Kenapa? Sbb syiah membenci para sahabat sdgkan kita menghormati para sahabat.Isteri nabi, Aisyah ra seorang yang derhaka..imam2 yg maksum.. dan banyak lagi cerita2 pelik sejak zaman nabi2 dulu lagi ada kaitan dgn ALi dan para Imamnya( mengikut fahaman syiah). dan banyak lagi...

Oleh itu tetaplah dgn pegangan Islam yg sebenar. Senua cerita yg dibawa syiah yang berlainan dgn sunni adalah bohong.
 
Asal usul ttg syiah Imamiyah

asal usul Syiah Imamiyah

Abdulah bin Saba' adalah seorang pendita Yahudi dari Yaman. Berpura-pura masuk Islam (secara nifak) di zaman Khalifah 'Uthman bin Affan radiallahu 'anhu. Dialah pereka ajaran Syiah yang ekstrem yang menjadi punca bersemaraknya perpecahan dalam kalangan masyarakat Islam terutama dalam kelompok Syiah itu sendiri. Abdullah bin Saba' pernah berkata yang ditujukan kepada Khalifah Ali radiallahu 'anhu: "Engkaulah Allah".[3] Maka Ali mengisytiharkan bunuh terhadap Abdullah bin Saba' tetapi ditegah oleh Ibn Abbas. Penyokong Ali membuangnya ke Madain (Ibu Negeri Iran lama).

Abdullah bin Saba' orang pertama mengkafirkan Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman dan tidak mengiktiraf kekhalifahan kecuali hanya dari kalangan Ahli Bait".[4] Seorang ulama Syiah Muhammad Husin al-Zain pernah memperkatakan tentang Abdullah bin Saba':

"Abdullah bin Saba' mengeluarkan qaul (yang sesat), mengajarkan fahaman yang ghalu (keterlaluan)..... dan perbuatannya sangat melampaui batas".[5]

Saad bin Abdullah al-Qumy seorang ulama, pemimpin serta ahli hukum Syiah yang lahir pada 229H mengakui wujudnya Abdullah bin Saba'. Beliau menyebut beberapa nama orang yang berkonspirasi yang digelar sebagai Saba'iyah. Menurut beliau lagi bahawa komplot Saba'iyah adalah firqah pertama dalam Islam yang mengeluarkan perkatan-perkataan yang ghalu (keterlaluan).

Saad bin Abdullah al-Qumy ulama besar Syiah yang masyhur ini telah memastikan bahawa Abdullah bin Saba' adalah orang yang mengeluarkan perkataan dan menampakkan dirinya mengecam dan menentang Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman radiallahu anhum serta tidak mengiktiraf kekhalifahan mereka.[6]
 
Syiah Mewajibkan Taqiyah

Taqiyah (dissimulation) adalah satu prinsip yang diyakini oleh syiah Imamiyah. Berpegang kepada taqiyah adalah wajib bagi setiap penganut Syiah. Ianya adalah satu sikap yang menyembunyikan kebenaran yang (kononnya) jika didedahkan akan membawa kemusnahan diri atau agama seseorang Syiah.[28] Pada mulanya taqiyah dilakukan kerana takut terjadinya penindasan dari pihak pemerintah. Tetapi selanjutnya diamalkan untuk menipu, berbohong dan seterusnya untuk menghalalkan sesuatu yang haram atau sebaliknya.

Orang-orang Syiah akan menyamar sebagai Ahli Sunnah secara taqiyyah untuk memerangkap Ahli Sunnah yang kurang faham akan agama mereka.{Ini yang berlaku dalam forum ni sekarang} Tujuannya supaya dapat dirosakkan fahaman, akidah dan amal ibadahnya.

Abu Ja'far berkata:

"Taqiyah adalah agamaku dan agama nenek moyangku. Dan tidak beragama bagi sesiapa yang tidak bertaqiyah".[29]



Abdullah berkata:



"Wahai Abu 'Umar! Sesungguhnya sembilan persepuluh dari agama terletak pada taqiyyah, tidak beragama bagi sesiapa yang tidak bertaqiyyah pada segala sesuatu, kecuali arak dan menyapu sepatu".[30]



Diriwayatkan dari Ali bin Muhammad:



"Wahai Daud! Sekiranya kamu mengatakan bahawa orang yang meninggalkan taqiyah sama seperti orang yang meninggalkan solat, maka sesungguhnya betullah kata-katamu itu".[31]

Sebenarnya taqiyyah dalam agama Syiah adalah perbuatan nifak, pembuat nifak adalah seorang munafik. Tidak ada hadis sahih yang menghalalkan taqiyah sebagaimana yang dilakukan oleh golongan Syiah. Si Munafik pula dilaknat Allah dan ditempat di neraka yang paling bawah (kerak neraka), maka Ahli Sunnah wal-Jamaah diharamkan dari bertaqiyah.

Syariat Syiah Yang Menyesatkan

Syariat Syiah yang sebenar amat bertentangan dengan syariat Ahli Sunnah wal-Jamaah. Syiah digolongkan oleh Imam Syahrastani di dalam bukunya “Al-Milal Wan-Nihal” dan al-Bagdadi dalam bukunya “Al-Faraq Bain al-Firaq” segabai golongan 72 yang ke neraka, kerana penganut Syiah selain mengkafirkan Amirul Mukminin Abu Bakar, ‘Umar al-Khatab, Uthman radiallahu anhum dan para sahabat yang lain, mereka juga lebih meyakini syariat Daud 'alaihis salam daripada syariat Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam. Abu Ja'far berkata:

"Apabila Imam ghaib (Imam Mahdi) datang, ia akan memerintah dengan hukum syariat Daud (bukan syariat Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam, pent)".[32]
 
ustaz ace global ni kan syiah..so pro syiah laa..apa apa pun semua orang tak betul..ko ajer yang betul ustat oi :)):)):))
 
apa2 pun tq TT...dapat ler serba sedikit ilmu syiah vs sunnah....
 
Back
Top
Log in Register