BTC USD 85,300.0 Gold USD 4,127.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terkena Sumpahan 2

AceGlobal13

Active Member
Messages
1,969
Joined
Dec 22, 2008
Messages
1,969
Reaction score
81
Points
30
Imam Abu Ishaq ats-Tsa`labi pula telah mengeluarkan riwayat kisah dengan sandaran 2 sanad yang muktabar dalam tafsirannya bagi surah al-Ma`arij menerusi kitab Al-Kabir:

“Ketika Rasulullah s.a.w berada di Ghadir Khum, baginda menyeru orang ramai agar berkumpul. Lalu baginda memegang tangan Ali dan bersabda: "Barangsiapa yang menjadikan aku ini pemimpinnya, maka Ali adalah pemimpinnya" Setelah itu, berita pertabalan tersebut tersebar ke seluruh pelusuk negeri. Ketika berita tersebut sampai ke pengetahuan al-Harits bin an-Nu`man al-Fihri, dia langsung bertemu Nabi dengan menaiki untanya. Sejurus tiba, dia berkata: Wahai Muhammad, kamu telah memerintahkan kami agar mengaku bahawa tiada Tuhan selain Allah dan kamu adalah Rasul-Nya, maka kami menerimanya. Kamu memerintahkan kami solat 5 waktu, maka kami menerimanya. Kamu memerintahkan kami mengeluarkan zakat, maka kami menerimanya. Kamu memerintahkan kami berpuasa di bulan Ramadhan, maka kami menerimanya. Kamu memerintahkan kami melaksanakan haji, maka kami menerimanya. Namun kamu tidak cukup puas dengan itu sahaja, hingga kamu mengangkat sepupumu (Ali) dan mengutamakannya daripada kami dengan katamu: "Barangsiapa yang menjadikan aku ini pemimpinnya, maka Ali adalah pemimpinnya" Apakah perkara ini datangnya dari kamu atau dari Allah?! Baginda lalu menjawab:

فوالله الذى لا اله الا هو إنّ هذا لمن الله عزّ وجلّ!

"Demi Dia yang tiada Tuhan selain-Nya! Sesungguhnya perkara itu benar-benar dari perintah Allah"​

Mendengarkan jawapan tersebut, lantas Harits berpaling lalu menuju ke tunggangannya sambil berkata: Ya Allah, sekiranya apa yang diucapkan Muhammad itu benar, maka Engkau hujanilah kami dengan batu dari langit atau datangkanlah ke atas kami azab yang pedih! Belumpun sempat dia sampai ke tunggangannya, tiba-tiba sebiji batu dilemparkan dari langit terus di atas kepalanya menembusi keluar ke duburnya lalu dia terbunuh. Dengannya maka turunlah ayat yang berbunyi:

{سأل سائل بعذاب واقع * للكافرين ليس له دافع * من الله ذي المعارج}

"Seseorang peminta telah meminta kedatangan azab yang bakal terjadi, untuk orang-orang kafir yang tidak seorangpun dapat menolaknya, (yang datang) dari Allah Yang memiliki tempat-tempat naik​
" [al-Ma`arij: 1-3]

Rujuk kisah tersebut menerusi kitab-kitab berikut:

  1. Nuzm Durar as-Simthin: Zarandi al-Hanafi: Hal. 93
  2. Nurul Absar: Syablanji: Hal. 71
  3. Tadzkiratul Khawas: Sibt Ibnul Jauzi al-Hanafi: Hal. 30
  4. Al-Fusulul Muhimmah: Ibnu Sabbagh al-Maliki: Hal. 25
  5. Yanabi`ul Mawaddah: Qanduzi al-Hanafi: Hal. 328
  6. Sirah al-Halabiyah: Burhanuddin al-Halabi asy-Syafi`ie: Jil. 3 Hal. 274
  7. Syawahidul Tanzil: Hakim al-Huskani al-Hanafi: Jil. 2 Hal. 286. Hadits No. 1030, 1031, 1033 dan 1034.
  8. Tafsir al-Qurthubi, Tafsir Abi Sa`ud dan Tafsir al-Manar: Ayat berkenaan.
 
aq belum faham.
apakah yg tersurat dan tersirat
 
aku masih terkapai2 utk memahami mesej yg nak disampaikan..:-?

apakah ia memerangi sunni?:-?
2 thread yg aku baca dari TT seolah2 ianya pro syiah..

p/s: minta penjelasan yg sejelasnya..jika sekadar copy n paste, aku minta TT melihat balik isi kandungan cerita ni.
sbb aku pon jahil psl bnda2 ni, kdg2 menjadikan spt aku was2 utk menerima apa yg nk disampaikan..
 
aq belum faham.
apakah yg tersurat dan tersirat

Mudah saja nak faham, caranya:

i) Simpan baik2 kefahamann mazhab syafie tuan kat tempat yg selamat untuk membuka minda yg merdeka
ii)Ingat ayat ni "59. Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." An-Nisa'

itu saja.
 
Dalam erti kata yg umum jika kita berselisih pendapat hatta dgn pemimpin tentang sesuatu perkara maka kembalikan kepada yg 2 tadi. kalau pemimpin betul kita wajib patuh dan sememangnya kita wajib patuh. kalau ternyata kita betul maka tidak wajib mentaati pemimpin itu dalam hal itu saja.
 
Dalam erti kata yg umum jika kita berselisih pendapat hatta dgn pemimpin tentang sesuatu perkara maka kembalikan kepada yg 2 tadi. kalau pemimpin betul kita wajib patuh dan sememangnya kita wajib patuh. kalau ternyata kita betul maka tidak wajib mentaati pemimpin itu dalam hal itu saja.

kalau bab mengkafirkan sahabat, mencipta sendiri rukun Islam sampai 10 ni dikira berselisih faham camner tu agaknya yer...

ini dah bukak berselisih faham. ini dah jelas penolakan fahaman...
 
FFFFFFFFFFFFFFFFFFFUUUUUUUUKKKKKUDAI...heheh:D:D:D
 
Back
Top
Log in Register