BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terjatuh dari ketinggian 50 meter

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
du_06.1.jpg

GAMBAR menunjukkan Baveja (gambar kecil) terjatuh ketika terjun bungee di Phuket, Thailand.​

BANGKOK - Seorang pelancong Britain, Rishi Baveja masih hidup selepas tali bungee terlucut baru-baru ini tetapi dia terpaksa menjalani pembedahan limpa, lapor sebuah akhbar semalam.

Graduan Universiti Cambridge dari Wakefield, West Yorkshire itu nyaris maut dari ketinggian 50 meter di sebuah lagun di Kathu, Phuket, 689 kilometer di selatan Bangkok.

Baveja membayar £50 (RM276) dan terjun pada kelajuan 130 kilometer sejam sebelum kakinya terlucut daripada ikatan tali kabel menyebabkan dia terjatuh ke dalam lagun.

Dia yang menghabiskan cuti sebulan di pulau peranginan itu dihantar ke sebuah hospital di Bangkok dan menerima rawatan selama sebulan sebelum dibenarkan keluar.

Dia mengalami luka dan hentakan kuat akibat terjunam ke dalam lagun di bahagian paru-paru, hati dan limpa.

"Saya akan mengalami kerosakan di bahagian kepala atau mungkin meninggal dunia jika kepala saya 'terhempas' dulu ke dalam lagun," kata Baveja. - Agensi
 
adeh.. aku x berani nk wat bungee tu..
 
Back
Top
Log in Register