BTC USD 63,968.8 Gold USD 4,504.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Teringin jumpa model Tugu Negara

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
10352898_10152667843692052_3930181141069447506_n.jpg


Raub: “Jika umur panjang, saya teringin untuk bertemu dengan empat lagi rakan prebet yang sama-sama menjadi model Tugu Negara.

“Tidak semua orang mempunyai peluang menjadi model tugu dibina itu bagi memperingati perajurit yang gugur ketika mempertahankan negara,” kata penduduk Kampung Kuala Atok, di sini, Zainal Buyong, 81.

Dia yang juga bekas anggota Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dipilih sebagai model tugu berkenaan bersama empat lagi askar masing-masing, dua dari Kedah dan Johor pada 1958.

Mereka yang ketika itu bertugas di Kuala Lumpur dan tinggal di berek askar di Kem Ipoh Road (kini Kem Batu Kentonmen, Jalan Ipoh) dipilih secara rawak oleh seorang pengukir tugu berkenaan dari Austria yang datang ke kem itu bersama seorang jurugambar berbangsa Inggeris.

pix_gal1

Foto
ZAINAL menunjukkan gambar kenangannya.


“Saya masih ingat askar yang berasal dari Kedah itu bernama Ramli dengan nombor tentera 9408, manakala seorang lagi jika tidak salah namanya Hashim dengan nombor tentera 9409.

“Saya ingat mereka berdua kerana nombor tentera mereka hampir sama dengan saya iaitu 9406. Saya tidak ingat nama dua lagi askar yang terpilih dan saya cuma ingat dua lagi itu berasal dari Johor.

“Kali terakhir saya mendapat tahu bahawa Ramli dan Hashim ada membuka kedai kopi di Sungai Petani. Tetapi tidak pasti sama ada mereka masih hidup atau sudah tiada,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Menceritakan kembali peristiwa itu, Zainal yang lebih dikenali sebagai Sanor oleh penduduk setempat berkata, pengukir yang berpangkat sarjan itu masuk ke dalam kem dan selepas seketika menuding jari kepada mereka berlima.

“Saya bertanya kepada Sarjan itu, kenapa pilih kami? Dia hanya berkata, ini arahan pegawai atasan supaya menggunakan model askar sebenar sebagai panduan untuk membuat ukiran Tugu Negara.

“Mereka mengambil masa sejam mengambil gambar kami di padang berhampiran berek mulai kira-kira jam 3 petang. Pengukir itu banyak kali mengubah kedudukan kami untuk mendapatkan gambar terbaik.

“Oleh kerana saya paling kurus, saya diarahkan berada pada kedudukan paling atas dan memegang bendera asal negara yang tidak mempunyai bintang ketika itu di sebelah kanan tangan, manakala tangan kiri diminta untuk diangkat ke atas.

“Seingat saya, Ramli atau Hashim berada di sebelah kiri saya. Seorang daripada kami berdiri di atas bahu rakan lain sepanjang masa jurugambar mengambil gambar kami,” katanya.

Menurutnya, dia hanya berpeluang melihat tugu apabila menyertai rombongan ke ibu kota pada 1991 dan sekali lagi pada 1995.

“Sekali tengok, itu memang patung kami berlima dengan memakai topi ‘jungle head’. Mungkin pengukirnya orang putih, muka pada patung itu kelihatan sedikit seperti ‘Mat Salleh’,” katanya.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/TeringinjumpamodelTuguNegara/Article/index_html
 
Back
Top
Log in Register