BTC USD 62,574.0 Gold USD 4,440.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terima kasih mansuhkan tol

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)​

SIBU - Parti Rakyat Bersatu (UPP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) hari ini merakamkan terima kasih kepada Ketua Menteri Sarawak atas keputusan memansuhkan kutipan tol Jambatan Lanang di sini.

Ucapan terima kasih kepada Tan Sri Dr Adenan Satem itu dizahirkan oleh kedua-dua parti itu dalam dua majlis ringkas yang diadakan hampir serentak petang ini di dua lokasi berdekatan Jambatan Lanang tetapi dipisahkan oleh Sungai Rajang.

Lebih 100 anggota UPP membawa kain rentang ucapan terima kasih kepada Adenan sambil mengibarkan bendera parti dan BN di hadapan plaza tol di kawasan Assan.

Di seberang sungai kira-kira 1.6km dari situ pula kira-kira 50 anggota SUPP mendirikan papan tanda ucapan terima kasih sambil mengibarkan bendera parti mereka dan BN.

Ketika ditemui, Pengerusi Unit Bumiputera UPP, Bawang Assan Andrew Shilling berkata, pemansuhan tol hasil usaha parti tersebut akan dapat meringankan beban penduduk Kampung Kerto, Tanjung Latap, Sungai Assan, Teluk Assan, Pulau Keladi, Kampung Banyok, Kampung Kedada dan Teluk Selalo yang sering berulang-alik ke bandar Sibu untuk bekerja dan bersekolah.

"Selain itu, ia juga dapat memperbaiki taraf sosio-ekonomi penduduk kerana wang yang sebelum ini digunakan untuk membayar tol boleh digunakan untuk tujuan lain," katanya.

Beliau berkata, pemansuhan itu turut menguntungkan penduduk khasnya dari Bintangor, Sarikei, Julau dan Pakan yang datang ke Sibu untuk menjual hasil pertanian mereka.

Pengerusi SUPP Bahagian Sibu Chieng Buong Toon pula mempertahankan bahawa pemansuhan kutipan tol itu adalah usaha sekian lama partinya setelah penduduk di kawasan terbabit menulis surat berhubung kadar tol yang tidak mereka mampu.

UPP dan SUPP bagaimanapun sependapat bahawa pemansuhan kutipan tol itu bukan hasil usaha DAP yang mengadakan kempen mengumpul 20,000 tandatangan untuk membuat petisyen bagi membantah kutipan tol tersebut.

Adenan mengumumkan pemansuhan kadar tol 50 sen bagi motosikal, RM3 (kereta), RM5 (van serta kenderaan pacuan empat roda) dan RM10 (lori serta bas) yang akan berkuat kuasa pada 25 Mei ini, ketika menggulung perbahasan pada persidangan Dun Sarawak di Kuching semalam. - Bernama
 
najib kalau kau nak disayangi balik oleh seluruh rakyat malaysia sila ikut jejak langkah KM sarawak ye
 
Back
Top
Log in Register