BTC USD 60,506.0 Gold USD 4,335.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Terima Kasih LCCT Sepang

Hari ni naik flight dari Sibu ke KL... Rupanya turun kat KLIA2. Kuar kapal terbang je rasa terus masuk shopping mall. Airport baru, bau pun bergetah lg. Cantik dan lebih selesa berbanding lcct. Jasa lcct cukup banyak.

Belum dapat merasa lagi KLIA2 lagi.

Minggu lepas ingat sempat beli tiket promo ke Bandung untuk September ni, sekali terlepas promo. :((

Tunggu promo yang akan datang je lah. Kalau nak terbang nanti baru gi usha airport baru :)
 
Banyak insiden2 d lcct...ter'tinggal flight....bergaduh dengan salesperson dll hahaha
 
Aziz-Bakar.jpg

"LCCT adalah kenangan sentimental, ia LCCT pertama di Malaysia. Walaupun banyak masalah di situlah AirAsia mula bertapak dan menerbangkan 400 pesawat setiap hari. Kenangan ini cukup sentimental untuk dikenang. - Bekas Pengerusi AirAsia, Datuk Aziz Bakar.



kamaruddin.jpg

Kesibukan dan kesederhanaan manusia... ia unik di mana anda tidak dapat cari di tempat lain. Satu tempat yang kami panggil rumah sejak 10 tahun lalu, dan juga membolehkan kami mendekati tetamu secara peribadi - Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun.




Aireen-Omar2.jpg

Saya akan merindui kerana tidak dapat melihat operasi harian dari meja saya. Dan juga boleh dengan pantas berjalan turun dan memeriksa apa yang berlaku jika saya perasan sesuatu berada dalam keadaan luar biasa. Saya akan merindui fungsi lapangan terbang yang ringkas yang membolehkan kami mencatatkan pertumbuhan pantas. Saya akan merindui melakukan pemeriksaan airside (kawasan di lapangan terbang antara kawasan pemeriksaan pasport, kawalan kastam dan pemeriksaan keselamatan) dengan kerap dan pantas. - Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Aireen Omar.



azran.jpg

Operasi yang sederhana membolehkan kami mencatatkan kadar pengendalian beg paling baik di dunia, selain mengambil masa yang pantas bermula daripada ketibaan pesawat, kelulusan imigresen dan terus ke tempat letak kereta dalam tempoh kurang daripada 15 minit. Mustahil (ini) boleh dilakukan dalam tempoh 15 minit. - Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani. -




gambar%20tony.png

"Dekat dengan manusia." - Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes.
 
Last edited:
Banyak insiden2 d lcct...ter'tinggal flight....bergaduh dengan salesperson dll hahaha

Biasa lah tu, Air Asia bukan cam MAS, takkan tunggu penumpang. Nasib baik tak tertinggal juga dulu gara-gara nak solat sebelum naik flight. #:-S

Bergaduh tu belum lagi. Tetapi geram juga dengan perangai orang yang scan beg, potong line, lepas tu letak beg tak betul, scan berkali-kali, kasi line sangkut pasal dia. ~X(
 
huhu..aku baru 5 kali je p naik turun flight kt lcct...da tuka ke klia2...huuhuh
 
Aku fly 2 mei aritu dari lcct
Worst service ever. Maybe sbb nak tutup

Masuk ikut gate y
Dari luar trus ke gate kapal terbang
Masuk gate, imigration trus ke plane
Dah la lambat gate bukak
Ingat nak mkn mase masuk

Pastu plane bapak jauh
Tpakse menapak
Nasib la flight pagi
 
Paling tidak boleh lupa masa mula-mula dulu hantar kawan ke airport.

Tanya dia LCCT ke KLIA, dengan penuh yakin dia cakap KLIA lah mana lagi. Cam berlagak je orang kaya ni naik MAS.

Kita pun tuju KLIA, sekali dah sampai baru dia cakap naik Air Asia... Air Asia kat LCCT lah beb.

Terlepas flight.

Banyak juga terjadi kes ni. Lepas tu baru orang ramai belajar, teksi driver pun akan tanya Air Asia atau MAS?
 
Back
Top
Log in Register