soybean
CG Hardcore Club


- Messages
- 63,243
Paid Membership
- Joined
- Feb 15, 2009
- Messages
- 63,243
- Reaction score
- 4,135
- Points
- 661
Terima kasih Cikgu Din...
Redzuan Muharam[email protected]
Kuala Lumpur: "Saya bersyukur kerana ditakdirkan Allah menjadi pendidik dan tak sangka diraikan dengan meriah pada hari terakhir berkhidmat sebagai guru," kata bekas Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Tun Hussein Onn 2, Zainuddin Mohd Ali.
Ketika warga sekolah lagi teruja pada hari pertama pembukaan penggal baharu sesi persekolahan pada Isnin lalu, Zainuddin yang lebih mesra disapa Cikgu Din, 60, menamatkan perkhidmatannya yang diraikan dengan cukup meriah menerusi sambutan anjuran Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan (BKGKT).
Kehadirannya pada hari terakhir diiringi konvoi motosikal berkuasa tinggi kumpulan Gangstar Bikers diketuai Kapten Dr Ahmad Sazeli Abd Sabar dan lima kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire kepunyaan guru.
Bukan setakat itu, Zainuddin turut diberi peluang menaiki kereta kuda milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan helikopter yang disewa khas sebagai tanda penghargaan buatnya sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada profesion perguruan.
Zainuddin yang menetap di Seksyen 5, Bandar Baru Bangi, mengakui perasaannya bercampur baur untuk meninggalkan kerjaya dicintai selepas hampir empat dekad menabur bakti sebagai pendidik.