ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Zulkiplie (duduk, tengah) bergambar kenangan dengan barisan penerima anugerah.
TAIPING - "Kalau arwah ada, dia mesti gembira dan bangga dengan pingat diterimanya." Itu reaksi isteri Allahyarham Koperal Jafri Mohd, Che Robiah Awang setelah dianugerahkan Pingat Jasa Malaysia (PJM), semalam.
Katanya, arwah suaminya yang telah berkhidmat dalam tentera sejak 1970 dan bersara pada 2000 adalah seorang anggota yang sangat setia dan menyukai kerjayanya.
"Saya sangat terharu dan berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi pingat ini dan ia sebagai satu penghargaan kepada Allahyarham.
Anugerah ini adalah kenangan indah untuk saya yang mewakili arwah untuk menerimanya dan kebanggaan kami sekeluarga. Ini (anugerah) adalah lambang kesetiaan Allahyarham yang berjuang mempertahankan negara," katanya ketika ditemui semalam.
Allahyarham Koperal Jafri Mohd, 54, yang meninggal dunia awal tahun ini adalah salah seorang daripada 59 anggota Veteran 6 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) penerima PJM yang disampaikan Panglima Medan Tentera Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Sri Zulkiplie Kassim.
Kesemua penerima adalah RAMD yang pernah berkhidmat pada 1969 hingga 1970 menghargai sumbangan dan pengorbanan mereka dalam menentang musuh negara dan memelihara keamanan negara.
Pingat berkenaan diwujudkan sejak Mac 2004, selepas diperkenankan Yang di-Pertuan Agong ke-12 bagi mengiktiraf keperwiraan, keberanian, pengorbanan dan khidmat bakti cemerlang yang ditunjukkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semasa era darurat kedua serta pasukan Pengaman Negara Asing semasa era darurat pertama yang terlibat dalam operasi menentang Parti Komunis Kalimantan Utara antara 1 Januari 1969 hingga 17 Oktober 1990.
Sementara itu, seorang penerima anugerah, Prof. Madya Leftenan Kolonel (B) Azuddin Bahari mengakui terharu dengan penghargaan yang diberikan.
"Saya telah berkhidmat sejak 1972 dan terlibat dengan pelbagai operasi termasuk di Sabah, Sarawak sebelum bersara pada 2013 dan sekarang bekerja di Universiti Malaysia Perlis (Unimap).
"Penghargaan ini menggamit kenangan manis semasa berkhidmat dan majlis ini membuatkan kami berjumpa kembali dengan rakan-rakan yang telah lama terpisah iaitu sejak bersara dalam perkhidmatan," katanya.