BTC USD 62,450.4 Gold USD 4,473.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tergesa-gesa campak mayat

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
ne_07.1.jpg

MAYAT seorang lelaki tanpa identiti ditemui selepas dibunuh dan dicampak di Lebuh Raya Kupang-Grik dekat Kampung Kemangi, Baling semalam.

BALING – Laluan Lebuh Raya Kupang-Grik dekat Kampung Kemangi di sini yang agak sunyi dikatakan menjadi tempat kegemaran penjenayah untuk membuang mayat. Dalam satu kes terbaharu, polis semalam menemui mayat seorang lagi mangsa pembunuhan di situ.

Penemuan mayat lelaki pada pukul 12.30 tengah hari itu menjadikannya tiga kes setakat ini. Kali pertama, polis menemui mayat seorang lelaki tempatan dua tahun lalu sebelum mayat lelaki Pakistan dijumpai Oktober lepas kira-kira dua kilometer dari lokasi mayat ketiga ditemui.

Difahamkan, mayat lelaki tanpa identiti itu hendak dicampak dari sebuah kereta ke dalam gaung tetapi tersangkut di tepi pembahagi jalan kerana suspek dikatakan agak tergesa-gesa ketika hendak membuang mayat itu.

Perbuatan itu dilihat oleh pemandu lain yang kemudian menghubungi polis.

“Kita sedang menyiasat motif kejadian dan identiti mangsa serta mencari suspek-suspek yang terlibat,” kata Ketua Polis Daerah, Supritendan Mat Daud Mat Hasan yang enggan mengulas lanjut.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Baling untuk bedah siasat.



sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1130&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm
 
mcm bunuh haiwan lak men campak sesuka ati..
 
sesenang jerk bunuh org pastu campak mayat.
kalau dulu ade kes pembunuhan mesti dpt orgnye tapi skrg ni dah ramai sgt pembunuh
 
tempat pembuangan mayat. patut letak cctv area sunyi2 kut2 boleh rakam
 
emm kejam bunuh orang ni...tp setiap penjenayah mesti akan meninggalkan bukti....evidence never lies
 
emm kejam bunuh orang ni...tp setiap penjenayah mesti akan meninggalkan bukti....evidence never lies

ramai sgt penjenayah kat malaysia nih,dlm dn luar negara lagi
 
Mcm buang kulit rambutan dr dalam kereta je dorg ni buat..alahai.
 
kadang2 penjenayah dari luar yg buat kacau.. diorng gaduh sesama sendiri, rosak tmpt kita
 
mujur campak tepi jalan..
at least jumpa la mayat....
 
suka2 saja dia org ni bunuh org....mmg sadis betul....pastu main suka ati laa pula campak begitu saja....mmg laknat laaa org mcm ni
 
Back
Top
Log in Register