BTC USD 61,923.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tergamam ular sawa 'mendiami' stor rumah

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
ularsawamiri1.transformed.jpg

ANGGOTA APM berjaya menangkap ular sawa sepanjang tiga meter di belakang almari di dalam stor sebuah rumah penduduk di Piasau Jaya, Miri. - Foto APM



MIRI: Seorang wanita tergamam apabila mendapati stor di luar rumahnya bukan hanya menjadi tempat penyimpanan barang, tetapi turut menjadi 'kediaman' ular sawa dalam kejadian di Piasau Jaya di sini, petang semalam

Kejadian disedari pada jam 4.20 petang ketika wanita berusia 32 tahun itu sedang membersihkan stor berkenaan sebelum dia ternampak seekor ular sawa sepanjang tiga meter di belakang almari di dalam stor berkenaan menyebabkannya terus menghubungi talian kecemasan.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Miri, Kapten Hazlee Shah Abd Hamid berkata, beberapa anggota APM Miri kemudiannya ke lokasi sejurus menerima panggilan pada jam 4.28 petang berhubung kejadian itu.

Menurutnya, setibanya ke lokasi mendapati ular berkenaan masih berada dalam keadaan melingkar di belakang almari itu.

"Ular seberat tujuh kilogram itu ditangkap menggunakan peralatan khas tidak lama kemudian," katanya.

Katanya, stor berkenaan sudah lama ditinggalkan selepas penghuni rumah terbabit berpindah ke Kuching, bagaimanapun penghuni akan datang sekali sekala bagi membersihkan kediaman itu.










sumber: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/04/408918/tergamam-ular-sawa-mendiami-stor-rumah








.
 
Ular sawa liar beb. Ular dalam seluar je jinak.
 
'kediaman' tu menunjukkan mcm mmg dh lama tinggal situ..mungkin dh beranak pinak ..
 
Kenyang baham 9 ayam dalam reban di Bintangor

ULAR15_cropped_1526378227.jpg

Ular sawa yang ditemui dalam reban ayam dirumah mangsa.




MISTERI kehilangan ayam ternakan penduduk di Jalan Abang Ali, di Bintangor, terjawab dengan tertangkapnya seekor ular sawa sepanjang kira-kira tiga meter, hari ini.

Reptilia itu ditangkap sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas menerima panggilan daripada pemilik ayam berkenaan, Penah Ili, 60, pada jam 9.13 pagi.

Penah berkata, sebelum berjaya ditangkap, ular sawa itu sempat menelan sembilan ayam peliharaannya menyebabkan ia tidak mampu keluar dari reban.

“Ayam itu adalah pemberian saudara-mara dan saya memeliharanya sejak dua minggu lalu. Sudah menjadi kebiasaan, setiap pagi saya akan memberi mereka makan, namun pagi tadi saya agak pelik kerana tidak ada sebarang pergerakan dan bunyi ayam dalam reban.

“Sebaik sahaja menghampiri reban, saya melihat sesuatu yang berbintik dan terkejut selepas mendapati ia ular sawa,” katanya kepada NSTP.

Penah berkata, ular itu tidak agresif kerana kekenyangan dan memuntahkan seekor ayam yang dimakannya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin berkata, pihaknya menangkap ular itu menggunakan penjerut dan melepaskannya ke habitat asal.










sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/05/339899/kenyang-baham-9-ayam










.
 
Back
Top
Log in Register