mat_letop
Permanently Banned - Multiple ID
- Messages
- 6,636
- Joined
- Mar 30, 2012
- Messages
- 6,636
- Reaction score
- 65
- Points
- 75
KUALA TERENGGANU- Bengang kehendaknya untuk mendapatkan sejumlah wang tidak diendahkan, seorang anak tergamak mengugut untuk membunuh ibu kandungnya dengan sebilah parang.
Bagaimanapun, perbuatan biadab Mohd Saritar Mokhtar @ Muhamad, 39, dari Taman Perumahan Gong Badak 4, di sini, menerima pembalasan apabila dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi membuat keputusan itu selepas dia mengaku salah telah melakukan ugutan jenayah terhadap ibunya, Mek Non Hitam, 63, dengan memegang sebilah parang dan mengugut untuk menyebabkan kematian kepada ibu malang tersebut.
Dia mengaku melakukan perbuatan itu pada 23 Mei lalu, lebih kurang jam 3 petang di kediaman mereka di Taman Perumahan Gong Badak 4, di sini.
Dengan itu, Mohd Saritar yang mempunyai beberapa rekod jenayah lampau sebelum ini mengaku salah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan L Rathna.
Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, ibu malang itu sedang berehat di rumah mereka sebelum dihampiri Mohd Saritar meminta sejumlah wang.
Bagaimanapun, mangsa tidak mengendahkan permintaan tersebut kerana sudah tidak tahan dengan perangai Mohd Saritar yang selalu meminta wang sebelum ini.
Tindakan mangsa telah menyebabkan Mohd Saritar naik angin dan mengamuk sebelum bertindak mengugut mahu membunuh mangsa sambil menghayunkan sebilah parang ke arah mangsa.
Kejadian itu telah disaksikan ayah dan adik bongsunya sebelum mereka mengambil keputusan membuat laporan di Balai Polis Gong Badak, di sini, kira-kira jam 5.06 petang untuk tindakan selanjutnya kerana bimbang akan keselamatan mereka pada masa akan datang.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/tergamak-ugut-bunuh-ibu-1.293676

Attachments
-
88.9 KB Views: 21