ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Norhayati bersama kakak mangsa, Siti Nordiana menunjukkan gambar mangsa, semalam
Gambar Mohammad Nazaruddin yang dirakam pada tahun lalu ketika masih di tadika.
Dua bapa saudara mangsa, Mohd Ropi Jusoh (kanan) dan Abd Rashid menunjukkan kolam terbiar yang meragut nyawa Allahyarham Mohammad Nazaruddin.
BESUT - Seorang murid lelaki tahun satu menemui ajal dalam keadaan menyayat hati apabila ditemui terbenam di dalam kolam terbiar, kira-kira 300 meter dari rumahnya di Kampung Pak Man Sentosa dekat Gong Medang, di sini, petang kelmarin.
Mohammad Nazaruddin Abd Halim, 7, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Keluang, di sini, disedari lemas kira-kira jam 6.30 petang selepas diberitahu salah seorang rakan mangsa selepas usaha mencari mangsa sebelum itu buntu.
Ibu mangsa, Norhayati Awang, 29, berkata, sebelum kejadian anak keduanya itu pergi ke kolam tersebut bersama empat yang lain termasuk sepupu dan rakannya.
Menurutnya, Mohammad Nazaruddin paling muda, manakala yang lain berusia 8 hingga 12 tahun dan ketika mandi manda, anaknya lemas kira-kira jam 2 petang.
“Mungkin disebabkan ketakutan menyebabkan sepupu dan rakannya tidak memaklumkan kejadian ini kepada ahli keluarga lebih awal menyebabkan saya dan orang kampung hanya mengetahuinya kira-kira jam 6.30 petang," katanya.
Suri rumah itu ditemui di rumah keluarganya, di sini, semalam selepas selesai majlis pengebumian jenazah Allahyarham Mohammad Nazaruddin di Tanah Perkuburan Islam Tembila, di sini jam 10 pagi, semalam.
Tidak sedap hati
Norhayati berkata, anaknya keluar rumah kira-kira jam 12 tengah hari sebelum pulang sekejap ke rumah kemudian keluar semula tidak lama kemudian.
Menurutnya, dia menyangka anaknya itu pergi bermain ke rumah bapa saudaranya Abd Rashid Jusoh, 51, yang terletak tidak jauh dari rumahnya.
“Selepas jam 3 petang, saya mula tidak sedap hati apabila dia tidak pulang, menyebabkan saya dan beberapa ahli keluarga yang lain mencari di sekitar kawasan rumah dan rumah abang saya yang tinggal di kampung sama.
“Apabila diberitahu Mohammad Nazaruddin tidak ada di situ tetapi sepupunya ada di rumah, saya menyangka dia mengikut datuknya, Awang Ibrahim, 85, pergi ke rumah keluarga suami di Kampung Keluang, menyebabkan saya tidak mencarinya lagi,” katanya.
Bagaimanapun keadaan bertukar menjadi cemas apabila Awang pulang kira-kira jam 6.30 petang dan memberitahu Mohammad Nazaruddin tidak bersamanya.
Mayat di dasar kolam
Berikutan itu, Norhayati dan ahli keluarga bergegas mencarinya semula dan bertanyakan rakannya yang turut sama mandi di kolam berkenaan.
Rakan mangsa memberitahu, Mohammad Nazaruddin ada mandi bersamanya jam 2 petang namun hilang dalam kolam berkenaan.
"Kami bergegas ke tempat kejadian dan orang ramai terus menyelam di dasar kolam sedalam hampir tiga meter. Anak saya ditemui di dasar kolam, 10 minit kemudian.
" Dia ditemui hanya memakai seluar trek dan sudah pucat namun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
Sementara itu ketika ditanya mengenai perubahan mangsa sebelum kejadian, Norhayati berkata, anaknya tidak berselera makan dan tidak lagi meminta RM1 daripada bapa saudaranya setiap kali pulang sekolah seperti kebiasaannya.
“Saya tidak menyangka perubahan yang ditunjukkan rupa-rupanya menjadi petanda dia akan pergi buat selama-lamanya,” katanya yang mempunyai dua lagi anak iaitu Nurul Fariyana, 2, dan kakak mangsa, Siti Nordiana, 10.
Lebih menyedihkan, Norhayati berkata, Mohammad Nazaruddin tidak dapat bertemu bapanya, Abd Halim Ishak, 40, yang ketika kejadian berada di Pahang sejak seminggu lalu.
"Arwah sangat rapat dengan bapanya, malah sebelum ini dia akan demam panas sekiranya berjauhan dengan bapanya untuk tempoh lama," katanya.