eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA PILAH: “Dalam sehari lebih 20 kali berlaku kebakaran menyebabkan bahagian dalam rumah rosak,” kata seorang warga emas yang menjadi mangsa serangan api misteri sejak sebulan lalu di Kampung Bemban, dekat sini.
Jaharah Tahir, 74, berkata kebakaran kecil-kecilan saban hari berlaku menyebabkan dia sekeluarga hidup tertekan selain kerugian besar kerana banyak peralatan rumah musnah.
“Saya dan keluarga hampir kehabisan pakaian kerana kebanyakan musnah dan gagal diselamatkan apabila api muncul secara tiba-tiba tanpa mengira masa.
“Pagi ini saja (semalam) sudah enam kali kebakaran dikesan dalam rumah saya,” katanya ditemui di rumahnya, semalam.
Menurutnya, dia sekeluarga terpaksa mengeluarkan peralatan rumah bagi mengelak kebakaran lebih serius sehingga memusnahkan rumahnya.
Jaharah berkata, dia sekeluarga kebingungan kerana kebakaran itu berlaku tanpa sebarang punca sama ada disebabkan perbuatan khianat atau masalah elektrik.
“Kebiasaannya kebakaran berlaku tidak kira masa, namun selepas jam 12.30 tengah malam, walaupun api tidak muncul, kami berkawal di dalam dan luar rumah sebagai langkah berjaga-jaga.
“Banyak kerugian akibat kejadianitu kerana barang keperluan seperti pakaian, bantal dan tilam terbakar,” katanya.
Wartawan dan jurugambar Harian Metro yang pergi ke rumah mangsa untuk membuat liputan itu dapat melihat kebakaran itu.
Jurugambar turut merakam gambar sebuah bantal tiba-tiba terbakar dalam sebuah bilik.
Sementara itu, menantu Jaharah yang dikenali sebagai Uda, 39, berkata kebakaran berlaku di semua bilik dan ruang tamu sehingga menyebabkan pakaian, tilam, cadar dan buku terbakar.
“Ia berlaku secara tiba-tiba dan kita juga tidak boleh jangka bila api berkenaan muncul semula dan saya sendiri tidak pernah melihat kejadian aneh seperti ini.
“Sebagai langkah berjaga sebaldi air diletak setiap bilik, ruang tamu, dapur dan kawasan luar rumah bagi memadam kebakaran,” katanya.
Uda berkata, pelbagai usaha dilakukan termasuk solat hajat, bacaan Yasin dan mendapatkan khidmat bomoh, namun kebakaran tetap berlaku.
“Saya tidak tahu dari mana api misteri ini namun ia benar-benar mengganggu kerana kami sekeluarga tidak dapat tidur bimbang berlaku kejadian tidak diingini,” katanya.