TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,872
- Points
- 1,831
KOTA – Gara-gara mengelak seekor itik sedang melintas, seorang remaja terbabas dan merempuh sebuah motosikal di laluan bertentangan di Kilometer 3.5, Jalan Kota-Astana Raja-Lubok China di Kampung Legong Ulu, dekat sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 7.50 malam itu, Mohd Iqbal Shaharudin, 18, dalam perjalanan pulang dari kedai makan di Pekan Kota menuju ke kediamannya di Kampung Penajis, dekat sini.
Menurutnya, kejadian berlaku begitu pantas dan dia yang terkejut ingin mengelak daripada melanggar itik berkenaan yang tiba-tiba sahaja melintas.
“Saya memang sering lalu jalan ini dan tidak sangka pula terbabit kemalangan. Ini pengalaman pertama saya kemalangan dan sehingga kini saya masih rasa gementar lagi.
“Malah, selepas kereta saya terbabas ke kanan jalan dan berhenti, saya terus meluru ke arah penunggang motosikal itu, mujurlah dia tidak mengalami kecederaan serius,” katanya.
Sementara itu, Jurucakap Polis berkata, pemandu kereta cuba mengelak ke kanan jalan apabila sekumpulan itik tiba-tiba melintas dan dalam masa yang sama datang motosikal dari arah bertentangan menyebabkan berlaku rempuhan.
“Mangsa, Mohd Razis Mohd Yaakob, 29, yang mengalami kecederaan parah di bahagian kaki dikejarkan ke Hospital Tampin untuk menerima rawatan lanjut," katanya.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/akibat-seekor-itik-melintas-1.267827