BTC USD 81,227.0 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terbabas elak itik

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,872
Points
1,831
image.jpg


KOTA – Gara-gara mengelak seekor itik sedang melintas, seorang remaja terbabas dan merempuh sebuah motosikal di laluan bertentangan di Kilometer 3.5, Jalan Kota-Astana Raja-Lubok China di Kampung Legong Ulu, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 7.50 malam itu, Mohd Iqbal Shaharudin, 18, dalam perjalanan pulang dari kedai makan di Pekan Kota menuju ke kediamannya di Kampung Penajis, dekat sini.

Menurutnya, kejadian berlaku begitu pantas dan dia yang terkejut ingin mengelak daripada melanggar itik berkenaan yang tiba-tiba sahaja melintas.

“Saya memang sering lalu jalan ini dan tidak sangka pula terbabit kemalangan. Ini pengalaman pertama saya kemalangan dan sehingga kini saya masih rasa gementar lagi.

“Malah, selepas kereta saya terbabas ke kanan jalan dan berhenti, saya terus meluru ke arah penunggang motosikal itu, mujurlah dia tidak mengalami kecederaan serius,” katanya.

Sementara itu, Jurucakap Polis berkata, pemandu kereta cuba mengelak ke kanan jalan apabila sekumpulan itik tiba-tiba melintas dan dalam masa yang sama datang motosikal dari arah bertentangan menyebabkan berlaku rempuhan.

“Mangsa, Mohd Razis Mohd Yaakob, 29, yang mengalami kecederaan parah di bahagian kaki dikejarkan ke Hospital Tampin untuk menerima rawatan lanjut," katanya.


http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/akibat-seekor-itik-melintas-1.267827
 
Btl le ada itik ni dik? Keeeeerrrr terkezut henpon jatuh ms tgh sembang ngan awek ni
 
mujurlah dia tidak mengalami kecederaan serius,” katanya.

“Mangsa, Mohd Razis Mohd Yaakob, 29, yang mengalami kecederaan parah di bahagian kaki dikejarkan ke Hospital Tampin untuk menerima rawatan lanjut,"


tak serius tapi parah dikaki????

den ptg tadi terlanggar seekur burung malakerbau..
tengah laju dia terbang melintas..apa lagi...tup terpelanting terus.

mujur kete tak terbabas....:D
 
Last edited:
langgor jelah itik tu, keta teman anak khinzir & monyet pun pernah langgar, kalau gajah lain cerita...
 
cikgu memandu aku cakap, semasa tgh memandu, kalau tiba2 ada animal melintas, jangan panik. langar je animal tue.

jangan sebab mengelak animal, manusia
yg drempuh.
 
terkejut sangat tu sampai terbabas..

untung itik masih hidup & tidak dilenyek..
 
itik ni dah pukul 8 xreti balik ke
 
Dalam kes neh sepatutnya biar langgar itik jgn langgar orang. Aku pernah alamai situasi dimana ada motor follow kat belakang sebelum kejadian aku baru jer nengok side mirror, tengok depan ada sekor kucing putih tengah lari pecut 100M lintas jalan, terpaksa aku tak tekan brake sebab nanti motor sondol belakang, bergegar jugak keta aku dengan bunyik kucing rolling bawah kete, aku nengok balik side mirror, terbungkang dah pun.Sedih gak..sob sob sob. :) keutamaan nyawa manusia aku rasa. :)
 
Back
Top
Log in Register