BTC USD 63,124.5 Gold USD 4,470.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terapi Solat

akkula

Active+ Member
Messages
2,689
Joined
Jun 22, 2013
Messages
2,689
Reaction score
438
Points
51
Solat adalah ibadah yang paling sesuai bagi seluruh tubuh badan manusia. Gerakan-gerakan di dalam solat bersesuaian dengan gerakan khas tubuh seseorang. Namun pernahkah kita terfikir mengenai manfaat-manfaat yang dihasilkan oleh setiap gerakan solat? Secara ilmiahnya, solat ibarat kilang ubat bagi pelbagai jenis penyakit! Marilah kita lihat kelebihan-kelebihan bagi setiap pergerakan solat:

1. Takbiratul Ihram - Berdiri tegak, mengangkat kedua tangan sejajar dengan telinga, lalu meletakkannya di hadapan perut ataupun di bawah dada.

Manfaat: Gerakan ini melancarkan pengaliran darah dan limfa dan menguatkan otot lengan. Kedudukan jantung di bawah otak memungkinkan darah mengalir lancar ke seluruh tubuh. Semasa kita mengangkat kedua tangan, otot bahu menegang hingga darah yang kaya dengan oksigen mengalir dengan lancar. Kemudian, kedua-dua tangan dirapatkan di hadapan perut atau di bawah dada. Gerakan ini menjauhkan kita daripada pelbagai gangguan penyakit-penyakit sendi, khususnya pada tubuh bahagian atas.

2. Rukuk - Rukuk yang sempurna adalah apabila tulang belakang menjadi lurus, hingga apabila diletakkan segelas air di atas belakang, ia tidak tumpah. Kedudukan kepala sama lurus dengan tulang belakang.

Manfaat: Gerakan ini menjaga kesempurnaan kedudukan dan fungsi tulang belakang sebagai penyangga tubuh dan pusat saraf. Kedudukan jantung sejajar dengan otak, maka pengaliran darah menjadi maksimum pada tubuh bahagian tengah. Tangan yang diletakkan pada lutut merehatkan otot-otot bahu hingga ke bawah. Selain daripada itu, rukuk juga adalah latihan mengawal pundi kencing bagi mencegah gangguan prostat.

3. Iktidal - Gerakan bangun dari rukuk, badan kembali tegak selepas mengangkat kedua belah tangan sama tinggi dengan telinga.

Manfaat: Iktidal adalah gerakan yang dilakukan selepas rukuk dan sebelum sujud. Gerakan berdiri, membongkok dan berdiri semula adalah latihan pencernaan yang baik. Organ-organ pencernaan dalam perut mengalami pengecutan dan pelonggaran secara berganti. Kesannya, pencernaan menjadi labih lancar.

4. Sujud - Menonggeng dengan meletakkan kedua-dua belah tangan, lutut, hujung kaki dan dahi di atas lantai. Falsafahnya adalah manusia menundukkan diri serendah-rendahnya, malah lebih rendah dari pinggulnya sendiri.

Manfaat: Aliran limfa dipamkan ke bahagian leher dan ketiak. Kedudukan jantung di atas otak menyebabkan darah yang kaya dengan oksigen mengalir dengan maksimum ke otak. Pengaliran ini memberi pengaruh kepada daya fikir kita. Oleh itu, lakukan sujud dengan tamakninah, jangan tergesa-gesa supaya darah mengalir sebanyak mungkin ke dalam otak. Gerakan ini juga menghindar gangguan penyakit buasir. Khusus bagi wanita, gerakan rukuk dan juga sujud mempunyai manfaat luar biasa bagi kesuburan dan kesihatan organ wanita.

Sujud adalah latihan kekuatan bagi otot tertentu, termasuk otot dada. Semasa sujud, beban tubuh bahagian atas ditumpukan pada lengan hingga tapak tangan. Pada masa inilah pengecutan terjadi pada otot dada, bahagian tubuh yang menjadi kebanggan setiap wanita. Payudara bukan hanya menjadi lebih menarik, tetapi juga memperbaiki fungsi kelenjar air susu di dalamnya.

Semasa pinggul dan pinggang diangkat melampaui kepala dan dada, otot-otot perut (rectus abdominis dan obliquus abdominis externuus) mengecut sepenuhnya. Gerakan ini melatih organ di sekitar perut bagi meneran dengan lebih dalam dan lama. Ini memberi manfaat kepada kaum wanita kerana dalam proses bersalin, mereka memerlukan pernafasan yang baik dan kemampuan meneran yang mencukupi.

Apabila otot perut berkembang lebih besar dan lebih kuat, secara automatik, ia menjadi lebih elastik. Biasanya, sujud menyebabkan tubuh dapat mengembalikan dan mempertahankan organ-organ perut pada tempatnya semula.

5. Duduk antara dua sujud - Duduk antara dua sujud ada dua jenis, iftirasy (tahiyat awal) dan tawarruk (tahiyat akhir). Perbezaannya terletak pada kedudukan tapak kaki.

Manfaat: Semasa melakukan iftirasy, kita bertumpu pada pangkal paha yang berhubung dengan saraf nervus ishiadius. Kedudukan ini mengelakkan sakit pada pangkal paha yang sering menyebabkan seseorang itu tidak dapat berjalan. Duduk tawarruk pula baik bagi kaum lelaki kerana tumit menekan aliran limfa (urethra), kelenjar kelamin lelaki (prostata) dan saluran vas deferens. Sekiranya dilakukan dengan betul, gerakan ini mampu mencegah masalah mati pucuk.

Kedudukan tapak kaki yang berbeza semasa kita melakukan iftirasy dan tawarruk menyebabkan seluruh otot kaki turut meregang dan relaks kembali. Gerakan dan tekanan yang harmoni inilah yang menjaga kelenturan dan kekuatan organ-organ gerak kita.

6. Salam - Iaitu memusing kepala ke kanan dan ke kiri secara maksima.

Manfaat: Merehatkan otot di sekeliling leher dan kepala dan ini dapat menyempurnakan aliran darah di kepala. Gerakan ini mencegah sakit kepala dan menjaga ketegangan kulit muka.

Apa yang penting beribadatlah secara istiqamah dan penuh keyakinan. Ia bukan sahaja menyuburkan iman, malah mencantikkan diri luar dan dalam. Percayalah, apa yang Allah perintahkan tidak ada yang sia-sia. Itulah kasih sayang Allah yang Maha Pengasih kepada hamba-hambaNya yang beriman.
 
bab sujud tu, teringat 1 kisah sorg saintis yg masuk islam
lepas dia dpt tahu kebaikan dari sujud ni..

Allahuakbar...
tidak ada satupun perintahNYA yang sia2..
klu dikaji nyata semua memberi manfaat pada hambaNYA..
 
ajaran sesat.

sesiapa yg solat sebab Terapi Solat dia dapat Terapi Solat tu saja la. Badan jadi sihat. Solat beliau tidak diterima.
 
ajaran sesat.

sesiapa yg solat sebab Terapi Solat dia dapat Terapi Solat tu saja la. Badan jadi sihat. Solat beliau tidak diterima.

artikel tu habaq.. manafaat bagi setiap pergerakan sholat mengikiut kajian ilmiah dan saintifik.... bukannya suruh sholat niat untuk terapi semata2.... hang ni Mengganas terusss ... sesat selalu ... waduhhh .. gawat sihh
 
pemesongan

Salaammmm...

Maaf le tumpang lalu...sambil tu nak memperingat sesama kita sikit....

Solat tu wujud sebab totally nak sembah Allah.

Tidak Boleh diselit dgn bermacam macam tujuan ye brader semua.

Sole purposes is to 'sembah'. Maka sembah sahaja le niatnya..

Tadak niat nak lancar darah ke hapa ke....

Takot jatuh munafik broooo...:D
 
Untuk pengetahuan kita bersama..
 
Back
Top
Log in Register