BTC USD 63,787.9 Gold USD 4,466.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terapi khusus untuk pesakit strok

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
KOTA BHARU 9 Feb. – Sekumpulan penyelidik dari Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) di sini berjaya membangunkan modul senaman khusus untuk pesakit strok atau angin ahmar dikenali sebagai ‘Bal Ex Stroke’.

Penyelidikan tersebut diketuai oleh Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Dr. Zuraida Zainun.

Modul senaman keseimbangan badan itu merupakan gabungan tiga kaedah iaitu pergerakan solat, teknik Bobath dan customized cawthorned cocksey yang dipercayai sebagai usaha pertama didokumentasikan dalam bentuk cakera padat (CD) dan buku panduan.

Dr. Zuraida yang juga Pakar Keseimbangan Badan di Klinik Telinga, Tekak dan Hidung Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) berkata, modul itu memudahkan pesakit angin ahmar, perawat dan ahli keluarga mempelajari langkah-langkah rehabilitasi dan terapi secara teratur di rumah.

Pemenang Anugerah Sanggar Sanjung USM 2011 itu berkata, fokus utama dalam sesi latihan itu adalah bagi merangsang otak pesakit untuk pulih sepenuhnya dan berupaya mengadaptasi kepada masalah kelemahan anggota badan mereka.

“Kira-kira 30 pesakit perintis yang menggunakan modul itu sejak awal tahun ini menunjukkan perubahan positif selepas tiga minggu mengikuti bentuk latihan fizikal yang dicadangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran ‘Bal Ex Stroke’ dan Bengkel Pengurusan Pesakit Strok Peringkat kebangsaan 2012 Siri 1 anjuran PPSK, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) serta Persatuan Perubatan Keluarga USM (Famous) di sini hari ini.

Menurutnya, keberkesanan modul itu bukan sahaja memberi perubahan dari sudut fizikal, contohnya pesakit yang tidak dapat bergerak langsung kepada berupaya memberus gigi sendiri, malah kesan paling utama adalah dari sudut psikologi apabila pesakit menjadi lebih bermotivasi untuk memulihkan diri mereka sendiri.

“Matlamat kami adalah untuk membantu pesakit di kampung dan luar bandar yang perlu mendapatkan rawatan dan latihan terapi sekurang-kurangnya dua kali seminggu di hospital.

“Namun kos pengangkutan selain kesukaran membawa pesakit angin ahmar yang lumpuh selalunya mengakibatkan pesakit dibiarkan terlantar sahaja di rumah.

“Justeru itu, melalui modul ‘Bal Ex Stroke’ ini, kita harapkan ahli keluarga serta mereka yang terlibat dalam menjaga pesakit angin ahmar dapat mempelajarinya melalui CD dan buku yang disediakan,” kata beliau.

Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof. Datuk Dr. Mafauzy Mohamed merasmikan majlis tersebut yang turut dihadir oleh Dekan PPSK, Prof. Ahmad Zakaria dan Pengerusi Persatuan Strok Negeri Kelantan (Pesona), Dr. Imran Ahmad.

Dr. Zuraida berkata, terdapat lebih 40,000 pesakit angin ahmar di seluruh negara daripada pelbagai peringkat usia dan pesakit itu merupakan punca ketiga yang menyebabkan kematian serta ketidakupayaan.

Menurutnya, mereka yang berminat mendapatkan CD dan buku panduan yang terdapat dalam 15 bahasa itu boleh menghubungi Rosli Zakaria di talian 017-9427 396 untuk maklumat lanjut.
 
USM, bgs gak.. selalu dengan UITM jer buat projek2 besar ni
 
Kawan saya berumur 50 tahun baru je kena strok ahad lepas. Teruk juga lumpuh sebelah badan.
 
Kawan saya berumur 50 tahun baru je kena strok ahad lepas. Teruk juga lumpuh sebelah badan.

Ayah saya oun sedang dalam proses pemulihan stroke. Kene serangan bulan 10 tahun lepas. Sebelah badan.. If kawan awak ada pergi mana2 rawatan boleh PM saya tak kat mana. Kami sekeluarga tengah usaha nak ubatkan ayah.

TQ TT for the info.. Pagi ni jugak saya nak call USM tanya pasal CD n buku yang diorang buat tu
 
Sorry kawan saya tu di Sydney. saya doakan semoga ayah sunshine cepat sembuh.
 
ayah member aku kena strok 2-3 tahun lepas..terus dia gi ngurut kat jaya gading,kuantan..dekat kawasan rumah dia.sekarang dah ok..ayah dia blh bjalan normal semula. yg penting tukang urut tu kata, jgn pergi hospital dulu..sebab kalau dah masuk air, susah dah dia nak ngurut untuk pulih semula..
 
ayah member aku kena strok 2-3 tahun lepas..terus dia gi ngurut kat jaya gading,kuantan..dekat kawasan rumah dia.sekarang dah ok..ayah dia blh bjalan normal semula. yg penting tukang urut tu kata, jgn pergi hospital dulu..sebab kalau dah masuk air, susah dah dia nak ngurut untuk pulih semula..

Berapa lama dia berurut untuk menyembuhkan lumpuh tu?
 
Back
Top
Log in Register