BTC USD 60,506.0 Gold USD 4,335.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Teraju salur RM20 juta

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
UNIT Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) melalui unit koridornya Teraju@Sarawak mengagihkan hampir RM20 juta Dana Mudahcara kepada empat syarikat Bumiputera berprestasi tinggi di bawah program Teras, sebagai sokongan kepada projek syarikat terbabit di Sarawak.

Pengagihan itu sebahagian daripada peruntukan Dana Mudahcara sebanyak RM100 juta oleh Teraju untuk mengembangkan inisiatif di Sarawak.

Empat syarikat tersebut, Amalgamated Plant Engineering Sdn Bhd, Bunga Tenaga Sdn Bhd, Petra Resources Sdn Bhd dan Serba Dinamik Sdn Bhd akan menggunakan dana itu untuk projek perkhidmatan sokongan mereka di Sarawak dalam industri maritim serta minyak dan gas.

Dana itu disampaikan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, disaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Ketua Pegawai Eksekutif Teraju Husni Salleh.
Menurut Husni, empat syarikat itu disasarkan berkembang maju dalam lima hingga 10 tahun, menjangkaui pasaran tempatan ke peringkat global.

"Pada masa ini, 19 syarikat Bumiputera di Sarawak telah dianugerahkan Dana Mudahcara dan Dana Teras daripada Teraju untuk membangunkan 20 projek seperti rumah mampu milik, perkhidmatan sokongan minyak dan gas, pembuatan makanan halal dan perkhidmatan peruncitan," katanya dalam satu kenyataan.

Sejak penubuhannya pada 2011, Teraju telah menghasilkan peluang perniagaan dan pembangunan modal insan bernilai RM21.2 bilion dengan dana RM2.2 bilion di bawah Program Dana TeraS (Pinjaman) dan RM2 bilion di bawah Program Dana Mudahcara (Geran).
 
dah 3 bulan aku struggle buat paperwork nak apply geran TERAJU ni :(( :((

minggu ni nak finalize lepas tu submit segala dokumen bagai..mudah2an lepas..diorang kata dalam 2 mggu tau keputusan :D :">
 
dah 3 bulan aku struggle buat paperwork nak apply geran TERAJU ni :(( :((

minggu ni nak finalize lepas tu submit segala dokumen bagai..mudah2an lepas..diorang kata dalam 2 mggu tau keputusan :D :">

cepat....ada lagi 2 session untuk tahun ni. 1st session wat gym pun dapat,ngong tul.
 
Back
Top
Log in Register