Viere
CG Top Poster Club

- Messages
- 26,579
- Joined
- Aug 8, 2008
- Messages
- 26,579
- Reaction score
- 179
- Points
- 123
BEIJING 7 Dis. - Pegawai China dan Amerika Syarikat (AS) hari ini bertemu di Beijing bagi satu rundingan ketenteraan peringkat tinggi sejak perselisihan berhubung penjualan senjata kepada Taiwan dan rancangan mengukuhkan kehadiran tentera AS di Pasifik.
Pusingan ke-12 Rundingan Pertahanan AS-China itu merupakan satu barometer hubungan antara Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China dan tentera AS yang mula menunjukkan minat di Asia Pasifik selepas mengakhiri operasi tempurnya di Iraq dan Afghanistan.
Ketika tentera China menyelar langkah terbaru AS itu, keputusan Beijing untuk meneruskan rundingan berkenaan menunjukkan ia melihat rundingan dua pihak tersebut sebagai penting, walaupun perselisihan antara dua negara itu semakin meningkat.
Timbalan Ketua Turus PLA, Jeneral Ma Xiaotian yang mengetuai delegasi China berkata, kesediaan AS dan China meneruskan rundingan itu memperlihatkan usaha kedua-dua negara untuk memperbaiki hubungan.
"Kami mahu platform ini digunakan untuk meningkatkan komunikasi, mencapai persetujuan, mengawal serta menguruskan risiko dan mengelak salah faham untuk mengekalkan kestabilan serta hubungan ketenteraan dua negara," katanya.
Timbalan Setiausaha Pertahanan AS, Michele Flournoy yang mengetuai AS pula berkata, tahun depan akan menjadi 'tahun penting' bagi hubungan AS-China dan sangat penting bagi kedua-dua negara untuk bekerjasama dalam isu-isu yang memberi kesan.
Rundingan itu diadakan sehari selepas Presiden China, Hu Jintao menggesa tentera laut negaranya agar bersedia untuk bertempur, ketika ketegangan berhubung tuntutan maritim di rantau ini masih berterusan serta kempen AS yang menegaskan negaranya sebagai kuasa Pasifik.
Beliau berkata, pasukan tentera laut perlu mempercepat perubahan serta bersungguh-sungguh memodenkan keupayaan mereka serta membuat persediaan untuk bertempur bagi melindungi ketenteraman negara.
"Kita perlu memberi tumpuan kepada tugas utama iaitu mempertahankan negara serta membangunkan pasukan tentera," katanya semasa berucap di hadapan Suruhanjaya Ketenteraan Pusat, semalam. - AP/AFP