BTC USD 81,581.8 Gold USD 4,022.93
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AS-Iran berunding senyap-senyap

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
29,776
Joined
Dec 18, 2007
Messages
29,776
Reaction score
352
Points
141
3420371.webp

Tajuk muka depan akhbar dalam bahasa Parsi tertera 'Iran sedia bertindak balas lebih agresif' selepas AS mengancam untuk melancarkan perang terbuka.

TEHERAN - "Rundingan bersama Amerika Syarikat (AS) telah mencapai kemajuan."

Kenyataan itu dibuat Ketua Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran, Ali Larijani kira-kira seminggu selepas armada musuh 'bersiap siaga' di perairan Asia Barat.

"Ia bertentangan dengan gembar-gembur perang media yang direka untuk memanaskan lagi isu tersebut. Proses untuk perbincangan sedang berlangsung secara positif," jelasnya.

Perkembangan itu turut disahkan Presiden Donald Trump, namun beliau tidak memperincikan butirannya.

Sementara itu, Kementerian Luar Qatar mengesahkan Perdana Menteri, Sheikh Mohammed Abdulrahman Al Thani telah mengadakan pertemuan dengan Larijani sebagai usaha meredakan konfrontasi yang dikhuatiri menggugat kestabilan di rantau berkenaan.

Sebelum ini, Teheran memaklumkan ia bersedia untuk terlibat rundingan nuklear seperti didesak AS selagi keupayaan misil dan pertahanan mereka tidak terkandung dalam agenda utama perbincangan tersebut. - AFP

 
Back
Top
Log in Register