BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Iklim Tropika Ancaman Senyap Karya Seni, APTCCARN Perkukuh Jaringan Konservasi

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,764
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,764
Reaction score
289
Points
146

Iklim Tropika Ancaman Senyap Karya Seni, APTCCARN Perkukuh Jaringan Konservasi​

5cf31c3e894928d6b9579a75dbdec0396a7a9159dddf3

97a238d2dc18200caa761e5554c5b4b56a7a9164712ae

391179da8c7d645513f786d5a25f47c46a7a916f307b4

Ketua Kurator Kanan Seksyen Koleksi dan Konservasi Balai Seni Negara (BSN) Tan Hui Koon (kiri) ketika sesi temu bual bersama BERNAMA di BSN baru-baru ini.

Iklim tropika yang lembap dan pendedahan cahaya tinggi merupakan ancaman senyap kepada kelangsungan karya seni, sekali gus menuntut usaha penyelidikan serta pemuliharaan berasaskan kearifan tempatan yang lebih mampan.

Ketua Kurator Kanan Seksyen Koleksi dan Konservasi Balai Seni Negara (BSN) Tan Hui Koon berkata kelembapan dan pencahayaan tinggi merupakan cabaran utama dalam mengekalkan integriti bahan karya seni di negara ini bagi jangka masa panjang.

"Objek seni macam manusia, memerlukan pelindung matahari, ia terpaksa guna tinted glass atau kaca standard muzium yang boleh memantulkan cahaya ultraungu (UV) dengan lebih berkesan," katanya ketika ditemui Bernama di Balai Seni Negara (BSN) baru-baru ini.

Beliau berkata bahan organik seperti tekstil, kanvas dan kayu mudah menyerap kelembapan, sekali gus mengakibatkan proses pengembangan dan pengecutan berulang yang akhirnya menjejaskan keteguhan struktur serta lapisan cat pada sesuatu karya.

Menurut Tan situasi itu membuktikan bahawa konservasi karya seni bukan sekadar usaha memulihkan kerosakan, sebaliknya memerlukan pendekatan pencegahan merangkumi kawalan persekitaran, teknik pengendalian dan penyimpanan yang sesuai.

"Jika sesuatu karya seni rosak, adalah mustahil untuk memulihkannya kepada keadaan asal sepenuhnya apabila sebahagian bahan telah hilang. Namun, kita cuba memulihkan integriti materialnya supaya karya itu tetap dapat dipamerkan kepada pelawat," katanya

Sehubungan dengan itu, BSN akan menjadi tuan rumah kepada Rangkaian Penyelidikan Seni Pemuliharaan Iklim Tropika Asia-Pasifik (APTCCARN) ketujuh bagi menghimpunkan pakar konservator antarabangsa untuk berkongsi penyelidikan mengenai tindak balas bahan karya terhadap iklim tropika.

Persidangan itu bakal disertai pakar dari Malaysia, Thailand, Singapura, Australia dan Filipina bagi menyelidik tindak balas bahan, khususnya lukisan Barat terhadap iklim tropika di rantau ini.

 
Back
Top
Log in Register