BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tengku Permaisuri Norashikin Rasmi Majlis Khatam al-Quran Wanita Selangor 2026

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,711
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,711
Reaction score
97
Points
80
44a1f0b2984d59fd49a4b9cbeca26d0e69abbe1582dce


Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyempurnakan perasmian Majlis Khatam al-Quran Wanita Selangor 2026 di Masjid Sultan Abdul Samad Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Majlis itu dianjurkan Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan Wanita dan Keluarga serta Wanita Berdaya Selangor (WBS) dengan kerjasama Pejabat Timbalan Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu, Pengerusi Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Selangor Datin Syarmila Yahya serta Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor Datin Seri Masdiana Muhamad.

Majlis bagi mengimarahkan Ramadan itu sebahagian daripada pengisian Program Ihya Ramadan Kasih 1,000 Wanita MADANI yang disertai peserta dari Parlimen Sepang dan seluruh Selangor.

Penganjuran majlis bertujuan menyempurnakan bacaan 30 juzuk al-Quran secara berjemaah sekali gus menjadi simbol kesatuan, penghayatan nilai Islam dan pengukuhan ukhuwah dalam kalangan wanita.

Majlis itu juga mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri memperkasakan wanita secara holistik melalui pendekatan yang merangkumi aspek kerohanian, kepimpinan dan kesejahteraan sosial.

Selain itu, majlis itu menjadi platform penyatuan wanita merentas latar belakang kerjaya dan komuniti sekali gus memperkukuh jaringan sokongan serta semangat kebersamaan dalam Ramadan yang penuh keberkatan.

Sementara itu, Aiman Athirah yang juga Ahli Parlimen Sepang berkata program itu menjadi simbol penyatuan wanita dalam memperkukuh nilai kerohanian, kepimpinan dan kebersamaan masyarakat selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Beliau berharap program bertemakan “Ramadan Memurni Ummah MADANI” dapat memupuk semangat kebersamaan masyarakat serta mengimarahkan Ramadan melalui aktiviti bermanfaat kepada komuniti setempat.

 
Back
Top
Log in Register