BTC USD 86,135.0 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tengah hangat, Syed Saddiq ‘jerit’ Bella pun comel

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
BELLA-BASS-JERIT.jpg

KONTEN 'menjerit' Syed Saddiq ke arah Bella mendapat banyak reaksi dan disifatkan khalayak sangat comel.

"Tengah hangat, Syed Saddiq ‘jerit’ Bella pun comel" FENOMENA BASS iaitu Bella Astillah dengan Syed Saddiq memang luar biasa impaknya. Ibarat ada kelompok peminat sendiri tanpa perlu dipaksa.

Terbaharu, mereka terus menjadi bualan hangat apabila Syed Saddiq memuat naik video TikTok memaparkan dia seolah-olah menjerit ke arah Bella, namun perkara tersebut menjadi keseronokan ramai.

Lebih 2.5 juta netizen yang menonton video tersebut terhibur dengan gelagat Ahli Parlimen Muar itu dan doa paling banyak diberikan ialah semoga cepat naik pelamin.

Selain ‘jeritan’, mata netizen juga tertumpu pada loket rantai yang dipakai Bella iaitu huruf S.

“Tak perlu bertanya, sudah terang lagi bersuluh hubungan mereka dengan rantai S lagi.

“YB jerit tepi Bella pun kami okey, comel sangat!

“Kalau tak kahwin, saya bertanding di Muar, awas ya!” usik peminat mereka.

==============================

Comel je tgk dorang nih, tapi malas2 nak percaya lagi sampai naik pelamin betul2. Syed siap jerit2 tepi Bella plak, kelakar macam buat drama. Bella nampak happy je kat IG, okaylah kalau happy! 🙄

 
Teruskan la drama, haritu dah reda kes rasuah sabah, ni mai kes buli pulak.
 
Back
Top
Log in Register