BTC USD 60,783.6 Gold USD 4,369.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tenang Selepas Memeluk Islam

jimie lee

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
5,244
Joined
Jul 1, 2011
Messages
5,244
Reaction score
839
Points
111
9396402.jpg


Merlimau – Hidup yang sentiasa dihimpit kemiskinan lebih-lebih lagi setelah kematian suami hampir lima tahun lalu telah membuka pintu hati ibu kepada empat cahaya mata ini untuk memeluk Islam.

Norain Dewi Abdullah, berkata hidupnya kini lebih tenang setelah memeluk Islam, malah menyifatkan Allah SWT mempermudahkan segala urusan. Biarpun kehidupannya tetap sama, namun ketenangan yang dicari selama ini telah ditemui.

Menurutnya, kini banyak pihak menghulurkan sumbangan, malah setelah beberapa tahun memeluk Islam seorang lelaki bujang menyuntingnya sebagai isteri.

“Ada hikmah suami saya dahulu meninggalkan saya dan anak-anak yang masih kecil, jika tidak mungkin sekarang saya belum tentu memeluk agama Islam yang suci ini.

“Terasa bahagianya dan Allah SWT menghadiahkan saya pengganti suami untuk membantu meringankan beban kami sekeluarga. Suami saya seorang yang baik dan mengambil berat kebajikan anak-anak tirinya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini Kampung telaga Mahadi, semalam.

Katanya, sebelum ini dia terpaksa bekerja sebagai penoreh getah daripada jam 7 pagi hingga 7 malam dengan pendapatan RM20 sehari dan terpaksa mengunci anaknya yang masih kecil di dalam rumah demi keselamatan mereka memandangkan tiada siapa yang sudi melihat dan menjaga mereka.

“Semasa kecil, salah seorang abang saya telah memeluk Islam dan pernah mengajak saya, tetapi saya menolaknya. Bagaimanapun, setelah dewasa dan ketika itu benar-benar dihimpit kesusahan, hati saya hanya mengingat tentang Islam,” kata anak kelahiran Pahang ini.

Terasa lebih indah apabila Ramadan kali ini membawa seribu makna buat dirinya dan keluarga apabila pertama kali menjalani ibadat puasa di rumah baru, bawah projek Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) Risda di atas tanah wakaf milik bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Abu Pit.

“Inilah Ramadan yang bermakna buat kami, tak pernah kami sangka untuk menerima pemberian rumah ini.

“Jika dulu terpaksa menyewa rumah sebanyak RM300 sebulan, kini Alhamdulillah dengan pertolongan Allah SWT, ada pihak prihatin dan membantu kami sekali gus meringankan beban suami yang tidak mempunyai pekerjaan tetap,” katanya yang baru menduduki rumah PPRT sejak 10 Julai lalu. -SH

p/s Sebagai termasuk di golongan asnaf, saya cadangkan supaya PAS Cawangan Merlimau/ Kawasan Jasin melakukan ziarah dan menyampaikan zakat kepada keluarga di atas.
 
Allahamdullilah...semoga bibukakan hati utk lebih ramai utk memahami ISlam
 
alhamdulillah.. marilah sama2 berdoa agar keluarga dilimpahi rahmat dariNYA..
 
bertambah seorang lg saudara kita
 
alhamdulillah....
bertambah seorang lg saudara kita
 
Back
Top
Log in Register