BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Temui otak dalam sos tomato

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Objek pelik ini ditemui pada permukaan bawah bekas sos tomato terbabit.
< 1 / 1 >
LONDON - Seorang ibu kepada tiga anak terkejut selepas menemui 'otak' di dalam sos tomato ketika sedang menyediakan hidangan untuk keluarganya, minggu lalu.

Jullen Marter, 47, dari Worcester, Britain mendakwa ketulan objek pelik yang berukuran garis pusat 10 sentimeter itu ditemui terapung pada permukaan bawah bekas sos terbabit.

"Ia kelihatan seperti otak dan turut menyebabkan sos yang sepatutnya berwarna merah bertukar kehitaman," katanya lagi.

Susulan daripada penemuan mengerikan itu, Marter bertindak membuat aduan di bahagian talian khidmat pelanggan produk tersebut, namun ditertawakan oleh pekerja terbabit. - DailyMail
 
sos tomato berperisa otak....macam2lah
 
betul ke otak tu..
kalau aku pick-up call org ni pun, aku gelak gak
 
Back
Top
Log in Register