BTC USD 63,539.1 Gold USD 4,480.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

temuduga gomen guna kabel

sket2 gna kabel....
sket2 gna kebel....
patotla kakitangan krajaan ramai yg lembab......

btul2...mmber aku ckp msa dia training kastam...
kbnykn adlh ank2 kastam...mybe 1/3 kotank kastm:-?...
 
kalau untuk anak2 negeri buleh pakai cable/surat sokongan.. kalau tuk persekutuan ... jgn harap cable2 ni.
 
Kabel??? weehh Takder la.. Aku g interview kerja gomen sampai 7-8 kali beb.. Baru dapat..
 
kabel internet kecik..kalo ada kabel electric lg bgus..kalo leh yg HT punya...
 
xyah pkai kabel2 nie....

pkai baju smart2 sudaaa
 
kadang2 kabel ni perlu gak...
kalo dh ssh sgt dpt keje, xkn nk duk diam je...
gunakn peluang yg ade...
:p:p:p
 
Aduhai, balik2 citer kabel2. macam ni lah manusia. semua ingat ada jalan mudah.

baiklah, untuk menjernihkan keadaan, baik kita mula citer.

Dalam urusan pengambilan pegawai ini, ada beberapa perkara yang kita kena faham.

Pertama- siapa yang mengambil kita bekerja, kedua siapa yang menguruskan kita bekerja dan ketiga dengan siapa kita diletakkan bekerja (tempat bertugas).

Pertama - siapa yang mengambil kita bekerja.

Urusan pengambilan bekerja dilakukan oleh pihak berkuasa yang melantik.
Sebagai contoh, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)(for Federal Officers), Pihak berkuasa Negeri (for state officers); pihak berkuasa tempatan (contoh DBKL) dan badan Berkanun (contoh Perbadanan Putrajaya).

perkhidmatan awam hanya merangkumi tentera, polis, perundangan dan kehakiman, perkhidmatan am persekutuan (gred M,N,F,J etc), perkhidmatan awam negeri, pendidikan dan juga perkhidmatan guna sama. Ini semua dibawah artikel 132(1) Perlembagaan Persekutuan.

Apa pentingnya benda ini? pentingnya ialah semua urusan berkaitan pengambilan pegawai perkhidmatan awam dilakukan oleh SPA/SPKP/SPP etc.

Nota: SPA untuk perkhidmatan awam yang tidak ada suruhanjaya. Bagi yang ada suruhanjaya, urusan pengambilan akan dibuat oleh suruhanjaya tersebut (contoh suruhanjaya pendidikan bagi cikgu2)

Apabila ada mana-mana pihak perkhidmatan awam (jabatan/kementerian) tadi kata nak pakai orang, SPA akan buat pengumuman dalam surat kabar. Ada la nanti syarat skim untuk pengambilan tersebut.

Bila dan umum, ramai le orang minta keja. Tapisan akan dibuat oleh SPA . Interview oleh SPA dan perkhidmatan awam tersebut.

So,ada 2 level tapisan untuk perkhidmatan awam. satu SPA dan satu lagi perkhidmatan awam yang nak pakai orang tadi.

Kat mana kabel boleh masuk? kat SPA?
kat Jabatan yang nak ambil kerja?
sorry to say la guys, cable dalam kes ini memang tak ada. Buat lah macam mana pun, susah le guna cable, silap2 cable tu kena transfer.

Untuk Negeri pun lebih kurang sama. Mereka akan guna channel yang sama juga.

yang selalu kita lihat guna cable ialah pengambilan pegawai di perkhidmatan bukan awam. contoh Pihak berkuasa tempatan dan juga badan berkanun. Kat sini kable boleh masuk sebab mereka ini diambil bekerja terus oleh PBT atau BK tersebut. Semua urusan dibuat sendiri.

Ada keburukan kable ni, dan mengapa kable ini sangat digemari oleh PBT dan BK tersebut. Sebab, kalau kita rekemen orang, apa2 jadi andaikata orang tu lari atau tak bagus atau menipu maka yang kena ialah orang yang merekemen. kan? jadi mana nak letak muka.

Jadi, selalunya bos akan hentam orang yang rekemen tu. amacam berani ke?

kedua siapa yang menguruskan kita bekerja?

yang menguruskan kita berkerja dari segi dasar, jawatan dan pangkat ialah JPA. jadi JPA ialah pelaksana kepada semua urusan gaji, pencen, lantikan ect. Tapi bukan JPA yang ambil orang bekerja.


ketiga dengan siapa kita diletakkan bekerja ?

Dalam keadaan ini, bos kita adalah ditempat kita bertugas. bukan orang yang mengambil kita bekerja. sebagai contoh, dalam perkhidmatan guna sama. Mungkin yang mengambil pegawai itu adalah kementerian, tetapi diletakkan sebagai jawatan kader (jawatan pinjaman) kepada pihak berkuasa negeri. yang bayar gaji ialah bos kita.

so, itu le asasnya.

kalau nak kable tu blh, tapi kat sesetengah tempat je. lepas tu, kalau jadi kable, pastikan orang yang anda rekemen tu blh buat keja, kalau tak, sendiri mau ingat.

salam2.
 
Back
Top
Log in Register