ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Melaka 5 Mei 2015 Exco Perumahan Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Ar Ismail Othman, tindakan secepat mungkin akan diambil dengan rumah yang retak di Taman Saujana Indah, Bukit Katil pada sidang akhbar selepas melawat di taman tersebut Melaka di sini hari ini.Gambar dg: azli ahad pemberita: Fadzly (am)
ALOR GAJAH 26 Julai - Kerajaan negeri akan melaksanakan tempoh percubaan selama empat bulan bagi program pengasingan sisa pepejal di kalangan masyarakat negeri ini bermula September depan.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ismail Othman berkata, tempoh percubaan pengasingan bahan buangan boleh dikitar semula dengan sisa pepejal lain itu adalah untuk memastikan masyarakat mematuhi arahan dikeluarkan sebelum pelaksanaan penuh program tersebut awal tahun hadapan.
Menurutnya, percubaan ini juga bertujuan untuk membantu masyarakat negeri ini membudayakan pengasingan sampah seterusnya mampu menjayakan program tersebut setelah dilaksanakan kelak.
“Notis pelaksanaan program ini juga telah dikeluar dan diagihkan kepada orang ramai termasuk penduduk taman perumahan, pemilik premis serta pihak industri,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Kuala Sungai Baru, di sini hari ini.
Bagaimanapun jelas Ismail, tindakan tegas bakal diambil terhadap mana-mana individu atau pemilik premis yang gagal mematuhi arahan ditetapkan berkaitan pengasingan sisa pepejal setelah program tersebut dilaksanakan sepenuhnya kelak.
“Tempoh percubaan selama empat bulan ini adalah masa sesuai untuk masyarakat mendisiplinkan diri seterusnya dapat menjadikan aktiviti pengasingan sampah itu sebagai tabiat,” ujarnya.
Kata beliau, usaha pengasingan sisa pepejal tersebut penting dilaksanakan bagi membantu mengurangkan kepadatan tempat pelupusan sisa pepejal di Sungai Udang yang kini telah mencapai tahap satu pertiga.
“Sehubungan itu, masyarakat diharap agar dapat sama-sama menjayakan projek pengasingan sisa pepejal ini supaya dapat menjimatkan ruang di tempat pembuangan sampah berkenaan selain memastikan negeri ini sentiasa bersih,” tambahnya.