BTC USD 62,043.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tempat simpan ais berkerak

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Noorhaida menunjukkan bekas simpanan air sebuah kedai makan yang berkerak dan boleh mendatangkan risiko kepada pelanggan.
< 1 / 1 >
BATU PAHAT – “Daripada pemerhatian saya, sudah pasti bekas ais ini sudah lama tidak diganti kerana terdapat kekotoran yang berkerak di situ,” kata Pegawai Kesihatan Daerah Batu Pahat, Dr Noorhaida Ujang.

Noorhaida berkata, selain bekas menyimpan ais yang lama tidak diganti, pemilik kedai makan terbabit dipercayai turut mengabaikan kebersihan bahagian dapur, tempat memasak dan ruangan stor.

“Aspek kebersihan dalam penyediaan makanan dan premis perlu diutamakan kerana dikhuatiri mendatangkan risiko kepada pelanggan.

“Saya juga menasihatkan setiap pengendali dan peniaga kedai makan mematuhi peraturan lain seperti kuku tangan sentiasa pendek, memakai apron serta kasut.

“Bahan makan perlu sentiasa bersih dan tidak disimpan bercampur-aduk, seperti ais dicampur dengan buah-buahan atau bahan makanan masih mentah diletak bersama yang sudah dimasak,” katanya selepas Operasi Bersepadu Premis Makanan Bersih sekitar Parit Raja.

Beliau berkata, mengikut Seksyen 10 dan 11, Akta Makanan 1983, premis berkenaan boleh diarah tutup sehingga 14 hari.

Katanya, arahan kerja untuk membersihkan kawasan premis perniagaan itu turut dikeluarkan, di mana pemilik premis perlu membersihkannya dalam masa 14 hari.

“Bagaimanapun, jika premis telah dibersihkan sebelum 14 hari, pemiliknya boleh menghubungi kami untuk tujuan pemeriksaan.

“Jika didapati tahap kebersihan memuaskan, premis terbabit boleh dibuka untuk perniagaan sebelum tempoh 14 hari tamat.

“Tindakan ini dilakukan sebagai pengajaran kepada setiap peniaga kedai makan, terutama di daerah ini, agar mematuhi peraturan ditetapkan seperti kebersihan semasa penyediaan makanan serta premis,” katanya.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/tempat-simpan-ais-berkerak-1.250402
 
Last edited:
Den dah kena.. 3 hari masuk Hospital pasal food poisoning ni... berbotol masuk air... serik dah.. :o
 
bekas simpan ikan ke ayam pstu ceduk ais terus korang sedut..
 
geli tekak rase.. dah lama x mnum ais...
 
nk meniaga kedai makan aspek kebersihan paling penting..

br sellesse...
 
kt kg aku niee... elok la buat mcm tu... kasi hukuman penjara la... setakat arah tutup, bersihkn esok2 buat lg...
 
patot kene check sume kedai2 makan... kadang bahan mentah ayam ke ikan ke..sayur pun atas lantai ngan x beralas... diorang langkah2 je..
 
Back
Top
Log in Register