eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA LUMPUR 17 Jun - Tembok Penjara Pudu sepanjang 300 meter akan mula diruntuhkan pada Ahad ini untuk memulakan kerja pelebaran dan laluan bawah tanah di Jalan Pudu.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail berkata, kerja meroboh tembok akan dibuat pada waktu malam dan dijangka siap dalam masa tiga hari.
Jelasnya, kerja penanaman cerucuk untuk laluan bawah tanah di Jalan Pudu akan dimulakan sebaik sahaja tembok Penjara Pudu dirobohkan.
"Kerja pembinaan secara berperingkat pula akan bermula sebaik sahaja tembok Penjara Pudu dirobohkan. Projek ini pula dijangka siap sepenuhnya menjelang Disember 2012," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membuat lawatan di tapak projek persimpangan bertingkat di Jalan Pudu, Jalan Imbi dan Jalan Hang Tuah serta tapak pembinaan jejambat di Jalan Mahkota di Taman Maluri dan Jalan 4/91 di Taman Shamelin Perkasa di sini hari ini.
Tambah Ahmad Fuad, kerja pembinaan yang akan dijalankan secara berperingkat itu akan melibatkan lencongan jalan.
''Kita minta pengguna jalan raya mengelakkan jalan tersebut dan menggunakan laluan alternatif atau mengikut papan tanda arahan yang akan disediakan.
"Kita harap mereka memandu dengan berhemah sementara projek untuk kesenangan masa hadapan disiapkan," ujarnya.
Pemilikan tapak juga telah diserahkan kepada kontraktor, Tetuan Pertama Makmur Sdn. Bhd dan A.S. Masa Sdn. Bhd. yang akan memfokuskan kerja-kerja pelebaran Jalan Galloway dan pelebaran Jalan Pudu sendiri.
Ketika ditanya tentang kepentingan tembok yang disifatkan antara khazanah negara, Ahmad Fuad menjelaskan;
"Setiap hari kita berhadapan dengan masalah kerana tembok ini, sampai ke pejabat pun lambat, maka ini adalah hanya satu perkara yang mana menjadi keutamaan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan kerajaan," ujarnya.
Tembok Penjara Pudu telah mula dibina pada Februari 1891 dan siap pada bulan Ogos 1892.