jimie lee
Permanently Banned - Multiple ID

- Messages
- 5,244
- Joined
- Jul 1, 2011
- Messages
- 5,244
- Reaction score
- 839
- Points
- 111
Pekerja Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) sibuk membersihkan lebuhraya selepas sebuah lori yang sarat membawa muatan tembikai terbabas lalu terbalik di KM281.4 menghala Selatan berhampiran kawasan rehat Nilai dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira 10 pagi di sini, Selasa. Kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu lori itu yang dalam perjalanan ke Johor gagal mengawal lori 3 tan itu disebabkan salah sebuah tayar lori berkenaan tiba-tiba pancit. Ekoran itu lori berkenaan terbabas dan terbalik lalu menyebabkan buah tembikai yang dibawa bertaburan di atas lebuhraya. Pemandu lori itu bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan. Kejadian itu menyebabakan kesesakan lalulintas sejauh kira-kira lima kilometer. -Foto BERNAMA