BTC USD 61,235.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tembelang "Mohd Syahid" Pecah

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
17.08.2022 - Kuala Lumpur, Berbekalkan janji manis serta perlakuan romantis, seorang pengkid dikenali sebagai 'Mohd Syahid' atau 'Ayid' menjerat beberapa wanita kononnya akan diperisterikan menyebabkan ada dalam kalangan mangsanya itu turut membeli pelbagai barangan untuk persediaan perkahwinan. Bagaimanapun, tembelang 'lelaki jadian' itu terbongkar selepas rakaman video dia memakai ihram ketika menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah dimuat naik oleh seorang daripada mangsa penipuannya di media sosial sebelum ia tular.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Aliya, 30-an, berkata, dia mengenali pengkid itu pada Mac lalu melalui aplikasi Tik Tok apabila 'lelaki' terbabit sering muncul setiap kali dia bersiaran langsung.

"Bermula dari situ, kami berhubung dan Ayid memaklumkan, dia bekerja sebagai doktor di Arab Saudi. Sepanjang perkenalan, kami tidak pernah berjumpa dan hanya berhubung melalui panggilan video. Pernah terdetik dalam hati saya bahawa tubuh badan Ayid seperti perempuan. Namun, ketika membuat panggilan video, Ayid sering menampakkan bahagian atas badan selain memakai kain pelekat," katanya ditemui di sekitar Shah Alam.

Aliya berkata, dia mula terpaut hati dengan Ayid yang berusaha memikatnya dengan memberikannya pelbagai hadiah selain makanan walaupun kononnya dia berada di Arab Saudi.

"Ketika bersiaran di Tik Tok, saya memaklumkan yang saya lapar kerana belum makan. Tiba-tiba sahaja, ada penghantar makanan sampai ke rumah memaklumkan ada pesanan untuk saya. Malah, Ayid pernah membelikan beg berjenama untuk saya ketika membeli-belah di tempat rakannya bekerja. Tindak-tanduk dia menyebabkan saya jatuh cinta sebelum kami mula menjalinkan hubungan serius walaupun hanya beberapa bulan mengenalinya," katanya yang juga usahawan.

Menurutnya, dia dan Ayid juga merancang untuk bertunang pada bulan depan dan berkahwin pada awal tahun depan dengan perancangan itu sudah dimaklumkan kepada ibu bapanya.

"Namun, pada awal bulan ini, saya menerima banyak mesej daripada ramai orang memaklumkan bahawa Ayid sebenarnya perempuan. Pada mulanya, saya tidak melayan semua mesej berkenaan kerana Ayid sudah memberi penjelasan mengenai perkara itu yang dikatakan fitnah terhadapnya. Apabila rakan baik yang saya kenal turut memaklumkan perkara sama, saya mula curiga dan bertanyakan kepada kawan Ayid. Rakan Ayid memaklumkan yang kami tidak boleh berkahwin. Saya kemudiannya menghubungi mangsa penipuan Ayid yang lain," katanya.

Aliya berkata, dia berjaya mendapatkan beberapa bukti mengenai perbuatan pengkid berkenaan termasuk rakaman video Ayid memakai ihram ketika menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah baru-baru ini daripada teman wanitanya yang lain.

"Saya memuat naik rakaman video itu kerana saya mahu orang di luar sana tahu siapa Ayid sebenarnya. Saya tidak mahu lebih ramai wanita menjadi mangsa penipuannya. Malah, tindakannya memakai ihram juga adalah tindakan yang bertentangan dengan agama. Apabila rakaman video berkenaan tular, lebih ramai mangsa yang tampil menceritakan jalan cerita yang sama seperti saya. Ayid berjanji kepada semua wanita berkenaan bahawa dia akan mengahwini mereka. Malah, ada di antara mereka sudah membeli baju pengantin serta menghantar borang kahwin ke pejabat jabatan agama. Ada juga wanita yang memaklumkan ada meminjamkan ribuan ringgit kepada Ayid. Saya sendiri juga sudah menyediakan beberapa hantaran untuk majlis pertunangan kami yang dijadualkan berlangsung pada September ini," katanya.

Aliya membuat laporan polis mengenai perkara itu di Balai Seksyen 9 di sini, malam semalam.
1660735393928.png

Berita asal https://www.msn.com/en-my/news/berita/tembelang-mohd-syahid-pecah/ar-AA10E1gS
 
"Ajak Saya & Adik Kahwin"

Shah Alam: "Ingatkan 'Ayid' ikhlas mahu menjadikan saya sebagai isterinya, tetapi di belakang saya, dia juga mengajak adik perempuan saya untuk berkahwin," katanya mangsa penipuan pengkid dikenali sebagai 'Mohd Syahid' yang hanya mahu dikenali sebagai Ramlah. Ramlah, 35, berkata, dia mengenali 'lelaki' terbabit yang turut dikenali sebagai Ayid di aplikasi TikTok pada awal tahun lalu.

"Sejak itu, kami kerap berhubung dan Ayid selalu menyertai siaran langsung di TikTok saya. Sepanjang perkenalan itu, Ayid memaklumkan yang dia adalah duda anak dua. Malah, Ayid juga ada menunjukkan gambar bersama dua kanak-kanak perempuan serta seorang wanita yang didakwa sebagai anak dan bekas isterinya. Dia juga memaklumkan sedang bersedih dengan perpisahan itu dan mahu mengahwini saya," katanya ketika dihubungi.

Ramlah berkata, selepas beberapa bulan mereka berkenalan, dia memperkenalkan adiknya yang dikenali sebagai Rohana, 34, kepada Ayid semasa adiknya itu turut menyertai siaran langsung di TikTok miliknya.

"Saya maklumkan kepada Ayid bahawa Rohana seorang jururawat yang sudah lapan tahun berkhidmat di Arab Saudi. Namun, saya tidak mengetahui mereka ada berhubung di belakang saya sehinggalah Rohana memaklumkan dia dan Ayid mahu berkahwin pada Aidilfitri lalu (Mei lalu). Saya terkejut dengan perancangan mereka dan memaklumkan kepada ibu bapa Ayid juga ada mengajak saya berkahwin dengannya. Kerana itu, ibu bapa saya menentang hubungan mereka kerana Ayid mempermainkan perasaan kami," katanya.

Menurutnya, selepas hubungan itu tidak direstui ibu bapanya, sikap Rohana juga berubah malah dia merahsiakan kedatangannya ke Kuala Lumpur pada Aidilfitri lalu untuk bertemu Ayid.

"Sebelum ini, Rohana seorang yang lemah lembut dan mendengar cakap orang tua. Namun kini, dia berubah menjadi seorang yang melawan cakap ibu bapa dan sanggup menipu dengan tidak pulang ke kampung halaman kami di Ipoh, Perak untuk bertemu ahli keluarga, sebaliknya menghabiskan cuti selama seminggu di Kuala Lumpur bersama Ayid. Hubungan kami (ahli keluarga dengan Rohana) juga mula renggang kerana kami melarang hubungan mereka. Malah, mereka tetap mahu meneruskan perancangan untuk berkahwin di Arab Saudi meskipun tidak mendapat restu keluarga," katanya yang bekerja sebagai anggota penyelamat.

Kata Ramlah, beberapa hari lalu, dia menghubungi wanita dikenali sebagai Aliya selepas melihat rakaman video Ayid memakai ihram di Tanah Suci Makkah tular.

"Saya difahamkan, Rohana ada bertemu Ayid yang berada di sana (Arab Saudi) ketika ini. Walaupun kami (ahli keluarga) sudah memaklumkan mengenai perkara itu, namun Rohana tetap yakin Ayid adalah lelaki. Kami bimbang dengan perhubungan mereka kerana Ayid licik memanipulasi Rohana sehinggakan dia memilih untuk mempercayai Ayid berbanding kami," katanya.​
 
"Agak Berahsia Kehidupan Peribadinya"

Shah Alam: Usaha pengkid dikenali sebagai 'Mohd Syahid' atau 'Ayid' memakai ihram ketika menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah baru-baru ini, semata-mata mahu membuktikan dia adalah lelaki, cukup dikesali bekas penyelianya. Bekas penyelia pengkid itu yang hanya mahu dikenali sebagai Am, 28, berkata, dia mengenali Ayid pada 2015 ketika mereka bekerja di sebuah cawangan bank di Bukit Jelutong di sini, pada 2015.

"Perwatakan Ayid memang seperti lelaki namun saya sebagai rakan rapatnya tahu bahawa dia adalah seorang perempuan. Saya yang meneliti dokumen dirinya ketika dia ditemu bual untuk bekerja di cawangan bank sama di Kuala Lumpur. Dia adalah seorang yang baik dan tidak pernah menimbulkan masalah di tempat kerja. Namun dia agak berahsia dengan kehidupan peribadinya dan kami jarang bergaul selepas waktu kerja," katanya ditemui di sekitar Shah Alam.

Am berkata, kali terakhir dia berhubung dengan Ayid adalah pada beberapa bulan lalu apabila pengkid terbabit memaklumkan, ada rakannya mahu menjalankan ibadat korban menggunakan khidmatnya yang ketika itu berada di Arab Saudi.

"Namun, saya terkejut apabila melihat rakaman video Ayid memakai ihram ketika menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah di Twitter yang dimuat naik oleh seorang wanita dikenali sebagai Aliya. Saya kemudian menghubungi Aliya dan menghantar gambar saya bersama Ayid sebagai bukti saya mengenalinya. Daripada situ, saya juga dapat tahu bahawa dia memperdaya ramai wanita yang juga teman wanitanya selain berjanji untuk mengahwini mereka. Saya percaya tindakan dia memakai ihram itu sebagai bukti untuk meyakinkan teman wanitanya bahawa dia adalah lelaki tulen," katanya.

Am juga kesal dan marah dengan tindakan Ayid yang dilihat sanggup mempermainkan agama untuk kepentingan diri.

"Selain jantinanya, banyak perkara yang dia tipu terhadap mangsanya termasuk pekerjaan apabila dia mendakwa bertugas sebagai doktor sedangkan dia bekerja di bahagian pemasaran di Kuala Lumpur dan bukannya di Arab Saudi seperti dimaklumkan. Malah, ada mangsa yang sudah bergolok bergadai untuk membuat persiapan perkahwinan dengan Ayid. Perkara ini semua menyebabkan saya marah terhadap Ayid kerana perbuatan terbabit memang melampau. Saya berpegang pada prinsip matlamat tidak menghalalkan cara dan dalam kes ini, tindakan Ayid mahu membuktikan diri sebagai lelaki tidak boleh dihalalkan dengan menggunakan agama," katanya.​
 
@cek mek molek ape akta leh dakwa kt budak ni?

tn GamezStar, berkenaan suspek ni perdayakan mangsa mangsa utk memberikannya sekian amaun duit sebab peenyamarannya sebagai seorang lelaki, dia mungkin boleh disiasat bawah seksyen 420 kk

seksyen 420 kk ni adalah perdaya mangsa mangsa into believing yg dia tu lelaki sejati dan sanggup mengahwini mangsa mangsa
dengan ini mendorong mangsa mangsa menyerahkan duit utk sekian amaun utk tujuan perkahwinan yg sebenarnya mmg langsung takleh dibuat



Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan sebat dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
 
17.08.2022 - Kuala Lumpur, Berbekalkan janji manis serta perlakuan romantis, seorang pengkid dikenali sebagai 'Mohd Syahid' atau 'Ayid' menjerat beberapa wanita kononnya akan diperisterikan menyebabkan ada dalam kalangan mangsanya itu turut membeli pelbagai barangan untuk persediaan perkahwinan. Bagaimanapun, tembelang 'lelaki jadian' itu terbongkar selepas rakaman video dia memakai ihram ketika menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah dimuat naik oleh seorang daripada mangsa penipuannya di media sosial sebelum ia tular.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Aliya, 30-an, berkata, dia mengenali pengkid itu pada Mac lalu melalui aplikasi Tik Tok apabila 'lelaki' terbabit sering muncul setiap kali dia bersiaran langsung.

"Bermula dari situ, kami berhubung dan Ayid memaklumkan, dia bekerja sebagai doktor di Arab Saudi. Sepanjang perkenalan, kami tidak pernah berjumpa dan hanya berhubung melalui panggilan video. Pernah terdetik dalam hati saya bahawa tubuh badan Ayid seperti perempuan. Namun, ketika membuat panggilan video, Ayid sering menampakkan bahagian atas badan selain memakai kain pelekat," katanya ditemui di sekitar Shah Alam.

Aliya berkata, dia mula terpaut hati dengan Ayid yang berusaha memikatnya dengan memberikannya pelbagai hadiah selain makanan walaupun kononnya dia berada di Arab Saudi.

"Ketika bersiaran di Tik Tok, saya memaklumkan yang saya lapar kerana belum makan. Tiba-tiba sahaja, ada penghantar makanan sampai ke rumah memaklumkan ada pesanan untuk saya. Malah, Ayid pernah membelikan beg berjenama untuk saya ketika membeli-belah di tempat rakannya bekerja. Tindak-tanduk dia menyebabkan saya jatuh cinta sebelum kami mula menjalinkan hubungan serius walaupun hanya beberapa bulan mengenalinya," katanya yang juga usahawan.

Menurutnya, dia dan Ayid juga merancang untuk bertunang pada bulan depan dan berkahwin pada awal tahun depan dengan perancangan itu sudah dimaklumkan kepada ibu bapanya.

"Namun, pada awal bulan ini, saya menerima banyak mesej daripada ramai orang memaklumkan bahawa Ayid sebenarnya perempuan. Pada mulanya, saya tidak melayan semua mesej berkenaan kerana Ayid sudah memberi penjelasan mengenai perkara itu yang dikatakan fitnah terhadapnya. Apabila rakan baik yang saya kenal turut memaklumkan perkara sama, saya mula curiga dan bertanyakan kepada kawan Ayid. Rakan Ayid memaklumkan yang kami tidak boleh berkahwin. Saya kemudiannya menghubungi mangsa penipuan Ayid yang lain," katanya.

Aliya berkata, dia berjaya mendapatkan beberapa bukti mengenai perbuatan pengkid berkenaan termasuk rakaman video Ayid memakai ihram ketika menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah baru-baru ini daripada teman wanitanya yang lain.

"Saya memuat naik rakaman video itu kerana saya mahu orang di luar sana tahu siapa Ayid sebenarnya. Saya tidak mahu lebih ramai wanita menjadi mangsa penipuannya. Malah, tindakannya memakai ihram juga adalah tindakan yang bertentangan dengan agama. Apabila rakaman video berkenaan tular, lebih ramai mangsa yang tampil menceritakan jalan cerita yang sama seperti saya. Ayid berjanji kepada semua wanita berkenaan bahawa dia akan mengahwini mereka. Malah, ada di antara mereka sudah membeli baju pengantin serta menghantar borang kahwin ke pejabat jabatan agama. Ada juga wanita yang memaklumkan ada meminjamkan ribuan ringgit kepada Ayid. Saya sendiri juga sudah menyediakan beberapa hantaran untuk majlis pertunangan kami yang dijadualkan berlangsung pada September ini," katanya.

Aliya membuat laporan polis mengenai perkara itu di Balai Seksyen 9 di sini, malam semalam.
1660735393928.png

Berita asal https://www.msn.com/en-my/news/berita/tembelang-mohd-syahid-pecah/ar-AA10E1gS
benda dilaknat..pastu masuk pulak negeri yg dpt pahala kebajikan 100,000..buat dosa pulak..sama gandaan nya..laknat pun berganda..taktahulah..wallahualam..
 

Mahmud Jumaat

2m ·

PENGKID TERLAMPAU!

Semalam saya telah dirujuk oleh PPIM berhubung dengan kes pengkid yang didakwa berpakaian ihram lelaki di Masjidil Haram.

Lebih menarik, menurut bekas teman wanita Pengkid tersebut, pengkid tersebut juga pernah berpakaian lelaki dan berkongsikan gambar beliau menunaikan solat jumaat di Malaysia untuk meyakinkan teman wanita beliau bahawa pengkid tersebut adalah seorang lelaki.
Yang seperti sudah kita tahu, dulu kes Sajat memakai telekung di Mekah dan perbuatan itu seolah-olah mencabar kuasa Allah SWT kerana dengan secara terbukanya mempersendakan agama.

KINI, Sajat ade pengikutnya iaitu seorang pengkid yang bernama Nur Syazwani binti Mohamad Resad. Dia ini telah mencabar kuasa Allah SWT dengan melakukan perbuatan dosa yang amat besar iaitu memakai ihram yang khas untuk lelaki sahaja sedangkan dia tahu bahawa dia PEREMPUAN!

Perbuatan dia ni telah mengundang kemarahan rakyat Malaysia kerana dia telah mempersendakan agama Islam dan tidak menghormati tanah suci Mekah.

Dia ni selamat asal dari Malaysia dan menetap di Malaysia. Kenapa saya cakap macam tu?

Hal ini kerana, di negara Brunei, Saudi Arabia dan Iran, sesiapa yang mengamalkan LGBT ini akan dikenakan hukuman dealth penalty bagi kesalahan homoseksual.

Manakala, di Malaysia, apakah hukumannya? Kesalahan ini disabit di bawah undang-undang apa? Okay mari kita kaji.

Pertama kesalahan memakai baju lelaki dan menunaikan solat jumaat boleh disiasat bawah seksyen 504 Kanun Keseksaan [Akta 574] iaitu kesalahan dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.

Kanun keseksaan kita hanya boleh digunapakai bagi kesalahan di dalam Malaysia sahaja dan bukan di luar negara. Oleh demikian, mungkin pengkid tersebut tidak boleh disiasat atas kesalahan memakai ihram memandangkan ianya berlaku di kota suci Mekah namun kesalahan memakai baju lelaki dan solat jumaat adalah satu kesalahan bawah seksyen 504 Kanun Keseksaan.

Merujuk kepada Seksyen 34 Enakmen Kesalahan Jenayah 2013 Negeri Pahang menyatakan mana mana perempuan yang memakai pakaian lelaki dan berlagak seperti lelaki di mana-mana tempat awam atas tujuan yang tidak berakhlak melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Selain itu, dia juga bukan sekadar berlagak seperti lelaki dengan memakai pakaian ihram di Mekah, malah dengan perbuatan dia tu seolah-olah mempersendakan agama Islam dan telah membangkit kemarahan orang Islam menyebabkan agama islam dipandang hina.
Perbuatan dia juga telah mencemarkan tempat beribadat yang suci itu dan akan menyebabkan Malaysia merupakan negara seolah-olah menerima golongan LGBT.

Kesalahan-kesalahan dia ni boleh disabit di bawah Seksyen 10(c) dan Seksyen 11 di Bahagian III- Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Kesucian Agama Islam Dan Instittusinya di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

Seksyen 10(c). Menghina atau menyebabkan dipandang hina, dll., agama Islam. Seksyen ini menyatakan mana-mana orang yang dengan perkataan yang dapat didengar atau dibaca atau dengan lukisan, tanda atau bentuk lain gambaran yang tampak atau yang dapat dilihat atau dengan apa-apa cara lain:- (c) mempersendakan atau menyebabkan dipandang hina mana-mana undang-undang yang sedang berkuatkuasa di Negeri ini yang berhubungan dengan agama Islam, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 11. Memusnahkan atau mencemarkan tempat beribadat. Seksyen ini menyatakan Mana-mana orang yang memusnahkan, merosakkan atau mencemarkan mana-mana masjid atau surau atau tempat beribadat lain atau apa-apa kelengkapannya dengan niat untuk menghina atau mempersendakan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

Hukum tasyabbuh adalah HARAM bahkan salah satu dosa besar kerana telah sabit nas-nas syar’ie bahawa Allah SWT melaknat orang yang melakukannya dengan lisan Nabi SAW. Dari Ibn ‘Abbas R.Anhuma dalam sabda Baginda SAW:
لَعَنَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم الْمُخَنَّثِينَ مِنَ الرِّجَالِ، وَالْمُتَرَجِّلاَتِ مِنَ النِّسَاءِ[1]
Maksudnya: Nabi SAW telah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki.

Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh perbuatan pengkid ni salah dari segi undang-undang dan di sisi agama. Saya harap pihak pihak berkuasa dan bertanngungjawab lakukan sesuatu untuk menangani kes ini.



1660883840631.png
 
Back
Top
Log in Register