eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA LUMPUR - Import kereta mewah dari Pelabuhan Klang tanpa perlu membayar cukai dan dijual pada harga murah?
Itulah tawaran dua lelaki yang mendakwa bergelar 'Datuk' dan taktik mereka berjaya menipu ramai ahli perniagaan dengan mendapat keuntungan sehingga menjadikan mereka jutawan.
Selain bermodalkan air liur untuk menceritakan kehebatan mereka, modus operandi kedua-dua 'Datuk' ini ialah dengan menunjukkan surat Jabatan Kastam yang dipalsukan.
Perbincangan biasanya berlaku di hotel-hotel bertaraf lima bintang untuk meyakinkan ahli perniagaan yang ingin membeli kereta mewah yang ditawarkan.
Terperangkap dengan kata-kata manis lelaki berusia lingkungan 40-an terbabit, akhirnya mereka menyerahkan wang pendahuluan sebelum menyedari semua yang dijanjikan itu tipu belaka.
Tindakan licik kedua-dua 'Datuk' ini bagaimanapun berakhir kelmarin apabila mereka ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) selepas menerima laporan kegiatan mereka daripada beberapa mangsa.
Sumber BPR berkata, selain orang perseorangan, mangsa mereka adalah penjual kereta mewah di sekitar Lembah Klang.
"Mereka dicekup di sebuah rumah di Lembah Klang dan tangkapan tersebut telah membawa penemuan 13 buah kereta mewah yang belum sempat dijual kepada pembeli.
"Semua kereta yang dirampas masih belum dapat dipastikan statusnya sama ada kereta curi atau sebaliknya kerana masih dalam siasatan dan setakat ini kebanyakan mangsa tertipu kerana menyerahkan wang deposit," katanya.
Dengan tertangkapnya dua suspek terbabit yang masih enggan 'membuka mulut', pihak BPR yakin dapat 'menggali' kegiatan mereka yang dipercayai telah lama dijalankan.
DATUK haprak kot