eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA TERENGGANU: “Saya hanya dengar jeritan adik yang menyebut ‘marin’ disusuli laungan ‘kena tembak! kena tembak!’. Selepas itu kami terputus hubungan,” kata Che Wan Zainuddin Che Wan Ngah, 36, menceritakan detik cemas sebelum bot dinaiki adiknya, Che Wan Budiman, 31, bersama empat nelayan lain dilaporkan hilang berhampiran pelantar minyak Berlumut di Laut China Selatan, Khamis lalu.
Kejadian kira-kira jam 9 pagi itu didakwa berlaku kira-kira 148 batu nautika dari pantai Terengganu.
Menurutnya, pelantar minyak itu milik negara ini dan dia bersama adiknya sering ke kawasan berkenaan untuk menangkap ikan, malah mangsa cukup arif dengan lokasinya berdasarkan maklumat kompas dan penunjuk arah botnya.
“Dia kenal bot atau kapal penguat kuasa negara kerana kami sering bertembung mereka terutama jika menangkap ikan berhampiran perairan antarabangsa,” katanya ketika ditemui, semalam.
Menurutnya, pada mulanya dia dimaklumkan bot Kelas B yang dinaiki adiknya dihampiri bot pasukan marin menyebabkan dia meminta Che Wan Budiman menghampiri bot nelayan lain yang ada di situ namun beberapa minit selepas itu, bot adiknya dipercayai ditembak, sekali gus terputus hubungan radio.
Sebelum kejadian, Che Wan Zainuddin dan adiknya, Che Wan Budiman membawa bot masing-masing bersama awak-awak berusia 20 hingga 35 tahun meninggalkan rumah di Kampung Baru, Seberang Takir, dekat sini, untuk menangkap ikan berhampiran beberapa pelantar minyak di Laut China Selatan, pagi Isnin lalu.
Mereka berpecah dan berhubung melalui alat komunikasi radio untuk mengesan lokasi masing-masing seperti kelaziman selama ini.
Bagaimanapun, pada hari keempat mereka menangkap ikan di tengah laut, bot yang dinaiki adiknya bersama empat lagi awak-awak bergerak ke pelantar minyak Berlumut kira-kira tiga batu nautika dari sempadan perairan Indonesia dan 148 batu nautika dari pantai Kuala Terengganu manakala Che Wan Zainuddin ke pelantar minyak Serudung.
Ketika ditemui di rumahnya, Che Wan Zainuddin berkata, dia berada kira-kira 24 batu nautika dari lokasi bot adiknya dan dikejutkan suara cemas Che Wan Budiman memaklumkan kapal marin pihak berkuasa sebuah negara jiran mengejar botnya.
“Lemah lutut saya apabila adik memaklumkan bot dinaiki ditembak pihak berkuasa negara itu ketika saya meminta mereka menghampiri bot lain yang berdekatan.
“Selepas beberapa minit berhubung, perbualan kami terputus dan saya cuba menghubungi beberapa bot lain selain cuba menghubungi bot mangsa namun selepas hampir dua jam menunggu tiada jawapan dan masih gagal dihubungi,” katanya.
Menurutnya, berikutan usaha menghubungi mereka melalui alat komunikasi dalam bot (radio set) gagal, dia pulang ke pangkalan untuk membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, pagi Jumaat lalu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin, berkata lima mangsa terbabit berada di sekitar pelantar minyak Berlumut, kira-kira 138 batu nautika dari pantai Dungun.
“Berikutan laporan abang mangsa, dua bot penyelamat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Pasukan Gerakan Marin dikerah menjalankan usaha menyelamat semua mangsa dalam bot berkenaan,”’ katanya.
Zamri berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai kes orang hilang dan ia turut dirujuk kepada IPD Dungun untuk tindakan susulan.
Ketua APMM Wilayah Timur, Ismail Hamzah, berkata beliau mengerahkan dua bot penyelamat APMM untuk memantau mangsa yang dipercayai hilang sejak empat hari lalu.
Bagaimanapun, katanya, dua bot penyelamat berkenaan gagal menemui bot dinaiki nelayan terbabit selepas hampir 10 jam memantau.
“Setakat ini, APMM belum menerima sebarang maklumat dan siasatan awal, kami percaya kemungkinan besar bot nelayan berkenaan ditahan penguat kuasa negara jiran dan mereka akan dihukum mengikut undang-undang negara itu,” katanya.
Menurutnya, selain Che Wan Budiman, mangsa lain yang semuanya berasal dari Kampung Baru Seberang Takir, dikenali sebagai Musa Mohamad, 23, Ahmadi Daud, 27, Mohd Arif Rosli, 20, dan Ahmad Faizol Sulong, 23.