BTC USD 63,285.7 Gold USD 4,344.07
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Teman serumah seludup jantan

eapui

Active+ Member
Messages
4,827
Joined
Dec 28, 2007
Messages
4,827
Reaction score
7
Points
25
SAYA ada masalah mengenai sikap kawan serumah yang tidak tahu menghormati orang lain. Biarlah dia saya namakan A.

Masalah semakin teruk apabila A membawa balik lelaki ke rumah sesuka hatinya dan lelaki itu tinggal di rumah kami sampai dua atau tiga hari.

Saya ingin menegur tapi saya hanya menumpang dengan kakak sepupu saya dan saya juga orang baru di rumah kami.

Bila saya tanya orang yang tinggal dekat rumah, semua berkata mereka sudah lali dengan tindakan A yang suka membawa balik lelaki.

Selain itu, A suka mengutuk atau mengumpat keburukan orang lain. Dia tahu perbuatan itu dosa tapi dia sendiri melakukan benda sama.

Malah sifat bangga dirinya kadangkala sengaja dipamerkan kepada kami dengan bertanyakan hukum agama.

Apabila kami tidak dapat memberi jawapan yang memuaskan, dia akan kata kami memperlekehkan benda berkenaan agama.

Malah dia bangga untuk menunjukkan dengan kawan serumah yang dia solat. Seolah-olah kami tidak pernah bersolat.

Kadangkala saya terfikir untuk memberitahu jabatan agama dan memanggil untuk menangkap mereka membuat dosa. Namun saya tidak tahu macam mana.

Paling teruk, A pandai menyorokkan aktiviti terkutuknya. Dia membawa balik lelaki yang kini menjadi tunangnya pada tengah malam selepas kami tidur.

Esok bila kami terserempak dengan lelaki itu, dia dengan muka selamba seolah-olah tiada apa berlaku. Kini saya dan A tidak bertegur sapa dan saya juga tidak boleh duduk bersama-samanya.

Saya sangat tertekan. Saya akan terbayang dosa yang A buat dan kami yang menjadi ‘pelindung utama’ kepada dosa itu. Yang menyedihkan, A tidak boleh ditegur. Egonya terlalu tinggi. Bila ditegur, dia akan buat lagi dan semakin menunjukkan yang dia tidak takut.

Dalam satu kejadian, A membawa balik tunangnya dan tiba-tiba dia marah mengatakan kami bising. Terkejut saya melihat lelaki itu muncul.

Depan tunangnya, A menghentak barang di meja. Lagi menyakitkan hati, keesokan harinya dia berkelakuan seolah-olah tiada apa berlaku.

Saya rasa bersalah sangat kepada Allah. Bantulah saya.

SERBA SALAH


JAWAPAN

Apabila melihat kemungkaran atau maksiat berlaku di depan mata, Islam secara jelas menggariskan tiga jenis tindakan yang perlu kita lakukan berdasarkan keupayaan kita.

Pertama, menentangnya dengan tangan; kedua, cuba mencegahnya dengan mulut dan ketiga, tidak meredainya sekadar di dalam hati.

Justeru, Itu yang perlu saudari lakukan. Perasaan kurang senang saudari terhadap kemungkaran teman serumah jelas menunjukkan saudari kini dalam penentangan kategori ketiga iaitu dengan hati.

Mengikut huraian ulama, penentangan di dalam hati ini peringkat paling lemah dan kita digalakkan bertindak lebih daripada itu berdasarkan kemampuan yang ada.
Dang Setia berpendapat saudari mampu bertindak lebih daripada menentang di dalam hati. Saudari wajib menegur perbuatan mungkarnya.

Sama ada dia menerima atau menolak, itu bukan perkiraan utama. Yang penting ialah menunaikan tanggungjawab sebagai umat Islam.

Jika saudari tidak menegurnya dan sekadar memprotes di dalam hati, saudari boleh dianggap bersubahat dengan maksiat yang dilakukannya. Sama ada dia menerima atau menolak teguran saudari, itu soal kedua.

Jika dia menolak atau marah kepada saudari, sabar dan jangan berkecil hati. Serahkan itu kepada Allah. Yang penting, saudari sudah menunaikan tanggungjawab saudari.

Jika teguran dengan mulut juga masih tidak mengubah apa-apa, saudari perlu membuat tindakan seterusnya iaitu mencegah perbuatannya dengan tangan.

Maksud ‘dengan tangan’ di sini ialah melalui perbuatan. Antara yang boleh saudari lakukan ialah dengan melaporkan kemungkaran teman serumah saudari kepada jabatan agama Islam.

Kita perlu berani untuk mencegah kemungkaran. Dang Setia melihat zaman sekarang keadaan sudah terbalik. Orang yang buat kejahatan berani melakukannya terang-terangan manakala orang yang melakukan perkara baik iaitu mencegah kemungkaran menjadi takut.

Dalam kes saudari, yang melakukan maksiat itu hanya seorang dan jumlah yang menentangnya ramai. Jadi, mengapa yang ramai perlu takut? Saudari dan teman serumah yang lain perlu berani bertindak, termasuk memintanya keluar daripada rumah.

Jika kemampuan saudari tidak sampai ke tahap itu, langkah terbaik ialah berpindah ke rumah lain. Itu juga dikira satu usaha penentangan dalam bentuk tindakan. Menang benar, tindakan itu besar kemungkinan menyebabkan saudari berdepan pelbagai masalah lain.

Namun, hadapilah ia dengan reda. Ini usaha saudari untuk mencari keredaan Allah. Yakinlah akan membantu saudari dan ada ganjaran baik daripada Allah untuk saudari, jika pun tidak di dunia, insya-Allah ia akan saudari terima di akhirat kelak.
 
report je kat pejabat agama....mcm kawan opis aku buat report...
yg bawa jantan tu kena tangkap..hari jumaat pulak tu
 
report je kat pejabat agama....mcm kawan opis aku buat report...
yg bawa jantan tu kena tangkap..hari jumaat pulak tu

tapi kalau report org jabatan nak indentiti org yg report x?:-?
 
lepas repot jabatan agama, jgn lupa kasi saman satu kali :)) :))

sure ko menang punya sebab menyebabkan tekanan perasaan dan stress yg kritikal :)) :))
 
aku penah hadapi situasi cmni..masa tu aku 1st yr kat univ,ada senior non muslim ni bwk blik bf dia kat umah,masa 1st time aku ngan rumate aku bt xkisah,sbb igt tu abg dia ke tolong angkat barang..apstu dah 3 4 kali jumpa lam umah kitorang report kat pjbt felo,dorang kasi number guard kira klu senior tu bwk msuk lg skali kol je p.guard tu,pastu satu mlm tu kitorang duduk dlm bilik,tetiba dgr suara laki2 kat luar,kitorang kol p.guard r,pastu p.guard suh kitorg kluar senyap2 bt cm xde pa2,n g stay kat bilik kawan dulu,bia dorang serbu..pastu kena la..dorang kena buang kolej...menggeletar badan mlm tu,mcm2 kitorang pk...huhuh
tu la serba sdkit pengalamn aku...sampai la aku xleh lupa..
 
Last edited:
saya paham sangat ngan masalah ni sbb saya pun sedang hadapi masalah yang sama. nak report pejabat agama.serba salah sbb kawan baik.lagipun selain daripada perangai suka bawak jantan tu kawan saya ni sebenarnya kategori kawan yang baik.bukan macam housemate u.so lagi bertambah2 x sampai ati nak report.tapi lagi x sampai ati nak berkongsi dosa.

..
 
repot kat ketua kampung, atau pengerusi persatuan penduduk, ataupun cari kaki pukul suruh pukul jantan tu...:D
 
Back
Top
Log in Register