eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
PENDANG 5 Okt. - Seorang penternak itik jenis 'khaki cambell' di Batu 8, Jalan Tokai, Simpang Empat Kangkung di sini kecewa apabila berlaku lambakan telur itik setelah pemborong enggan membeli daripadanya dengan alasan kejatuhan harga di pasaran.
Halim Mat, 48, berkata, sehingga hari ini, 4,000 telur itik berada dalam simpanannya dan beliau bimbang ia rosak jika disimpan terlalu lama di dalam setor.
Menurutnya, sebelum ini dia mengalami keperitan sewaktu mula- mula memelihara itik tersebut kerana kos makanan terlalu mahal tetapi dia menyangka ia selesai apabila 2,000 itik yang dipeliharanya mula bertelur.
"Saya mula memelihara itik pada Mei lalu dan semuanya mula bertelur empat bulan kemudian.
"Setiap hari 700 biji telur dapat dikutip. Saya cuba memasarkannya kepada pembekal namun gagal dan pelbagai alasan diberi," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Menurut Halim, dia telah meminta bantuan daripada FAMA untuk memasarkan telur-telur itik itu namun sehingga kini tiada jawapan diterima daripada pihak berkenaan.
"Saya sudah berhubung dengan FAMA Kedah, Pulau Pinang dan Perlis namun mereka masih tak beri jawapan sama ada nak bantu pasarkan telur itik saya.
"Saya buntu kerana saya harapkan selepas itik-itik ini mula bertelur saya akan dapat modal balik, namun lain pula masalah yang timbul," katanya.
Jelasnya, dia menggunakan duit simpanan sendiri untuk menternak itik tersebut.
"Kalau hendak buat telur masin, saya perlu keluarkan modal lain pula dan kini saya sudah tak ada modal.
"Ada yang suruh saya jual di pasar malam namun kos pengangkutan dan kos untuk menggaji pekerja juga kena keluarkan sendiri," ujarnya.
Sesiapa yang berminat untuk membeli telur itik, mereka boleh menghubunginya di talian 019-4363957.