BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Telur Bertaburan Di Lebuh Raya PLUS

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
08.05.2019 - Seremban, Sebuah lori lima tan membawa muatan telur terlibat dalam kemalangan di Kilometer 265.2 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Bandar Ainsdale di sini pagi ini.

Kemalangan itu menyebabkan muatan telur bertaburan di atas lebuh raya sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, kemalangan itu turut membabitkan sebuah treler dan sebuah kenderaan pelbagai guna ( MPV) jenis Toyota Innova.

"Pemandu lori telur seorang lelaki berusia 20-an cedera ringan, manakala pemandu MPV seorang lelaki berusia 40-an dan pemandu treler berusia 50-an tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.12 pagi dan seramai tujuh anggota Balai Bomba Dan Penyelamat Seremban 2 bersama sebuah jentera dikerahkan memberi bantuan.

Screenshot-228.jpg


Screenshot-229.jpg


Screenshot-231.jpg


Screenshot-230.jpg


Screenshot-232.jpg


Berita asal http://www.kosmo.com.my/terkini/telur-bertaburan-di-lebuh-raya-plus-1.896845
 
Tahun-tahun sudah, lori telur eksiden kat plus arah selatan jauh sket sblm exit rawang.

Bau telur tembelang la duk lalu situ berhari2.
 
biasa ramai yang berhenti tolong kutip
 
kalau tghr panas terik mmg masak terus telur atas jalan tu
 
takde pulak pemandangan org ramai mengutip telur..
 
Back
Top
Log in Register