BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Telegram servis down

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,486
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,486
Reaction score
1,681
Points
201
KUALA LUMPUR: Aplikasi pemesejan Telegram mengalami gangguan perkhidmatan hari ini.

Ia memberi kesan kepada ribuan pengguna di serata Asia termasuk Singapura, Malaysia, Indonesia, Filipina, India, Vietnam dan Thailand.

Laporan gangguan mula direkodkan di Downdetector, laman web yang menjejak masalah rangkaian menerusi pengumpulan laporan pengguna pada 10.20 pagi.


Kesan gangguan turut berlaku bagi pengguna di rantau Asia Tenggara dan Asia Selatan.

Menurut data Downdetector, Indonesia mencatatkan 1,284 laporan pada kemuncak gangguan, diikuti Filipina (933 laporan), India (725 laporan), Malaysia (544 laporan), Vietnam (530 laporan) dan Thailand (253 laporan).

Berdasarkan Downdetector, kira-kira separuh daripada pengguna berkenaan mengalami masalah dengan aplikasi Telegram itu sendiri, 40 peratus menghadapi isu ketika menghantar mesej dan lima peratus mengalami kesukaran log masuk.

Setakat ini, Telegram belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung gangguan berkenaan.

Artikel Buletin Tv3

423538-423538.jpg
 
Back
Top
Log in Register