BTC USD 60,210.6 Gold USD 2,411.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Server META Down (Facebook, Instagram & Threads) - 05.03.2024 @ 2330hrs

Sponsored Post

kalo forum2 ni saya tak tukar .. hanya penting macam FB, email, banking .. dah la ada 7 emel .. lepas PC lagi kena set kat telefon plak .. :D

Tu saya kata kena pandai² lah kan ejas
Kalau tak serabut nanti nak ingat dan update pw 😀
 
ok .. semua dah kembali pulih .. FB, IG ngan Threads (y)

Saya tengok FB je tadi
Last tengok IG masa buka link video dekat thread awek pilot darat kemalangan
Jadi sekarang masalah dah selesai 😀
 
Facebook, Instagram, Messenger Berdepan Masalah Log Masuk

05.03.2024 - Beberapa media sosial di bawah Meta berdepan masalah malam ini, melibatkan Facebook, Instagram dan Messenger. Masalah itu menyebabkan pengguna dilog keluar daripada akaun media sosial mereka dan tidak dapat untuk log masuk semula. Laman Downdetector merekodkan peningkatan aduan pengguna berkenaan masalah untuk mengakses Facebook sejak 11.14 malam, dengan lebih 350,000 aduan diterima setakat ini.

Ramai pengguna yang menggunakan platform media sosial lain untuk membangkitkan isu tersebut atau bertanya jika orang lain turut berdepan perkara yang sama. Sementara itu, laman status Meta dalam kemas kini 11.17 malam menyatakan pihaknya sedar berkenaan masalah log masuk Facebook.

"Pasukan jurutera kami sedang giat menyelesaikan isu ini secepat mungkin," katanya.

Laman sama turut melaporkan Meta berdepan "gangguan besar" melibatkan pusat pengurusan untuk pengguna bisnes, WhatsApp Business dan API pemasaran.
1709658595291.png
 
IMG_20240306_011159_453.jpg


Kabel Laut Merah rosak, mengganggu trafik internet

Kerosakan pada kabel dasar laut di Laut Merah mengganggu rangkaian telekomunikasi dan memaksa penyedia perkhidmatan untuk mengubah laluan sebanyak satu perempat trafik antara Asia, Eropah dan Timur Tengah, termasuk trafik internet.

Kabel milik empat rangkaian telekomunikasi utama telah "dipotong" menyebabkan gangguan "ketara" kepada rangkaian komunikasi di Timur Tengah, menurut syarikat telekomunikasi Hong Kong HGC Global Communications.

Baca Penuh:

 
tn theblur, takdelah nak nangis tapi panik yg amat lah hehehe
bukan apa, kat FB tu banyak info saya dapat dan
ada kawan kawan yg saya rely sumber ilmunya

tuan ada FB kan?
kenapa hepi pulak bila jadi camni?
:D

Ada FB guna fake account, utk baca pages politik/info semasa je.

So kalau Fb problem pun sy x kisah.

Biasa yg gelisah ni sebab risau hilang kontek ngan kawan2 kat FB je hahaha.
 
IMG_20240306_103808_973.jpg


Kerosakan pada kabel dasar laut di Laut Merah menjejaskan rangkaian telekomunikasi, sekali gus memaksa penyedia perkhidmatan untuk mengubah laluan sebanyak satu perempat trafik antara Asia, Asia Barat dan Eropah, termasuk trafik internet.

Menurut syarikat telekomunikasi Hong Kong HGC Global Communications, kabel milik empat rangkaian telekomunikasi utama telah “dipotong” menyebabkan gangguan “ketara” kepada rangkaian komunikasi di Asia Barat.

Sumber: Buletin TV3
 

Meta sedang usaha pulih akses platformnya​


06 MAR 2024

2563272.jpg

Meta sedang berusaha untuk memulihkan perkhidmatan Facebook dan Instagram kepada penggunanya pada masa ini. Foto fail AFP


KUALA LUMPUR – Meta sedang berusaha untuk memulihkan perkhidmatan Facebook dan Instagram kepada penggunanya pada masa ini.

Pengarah Komunikasi Meta, Andy Stone berkata, syarikat itu menyedari masalah yang dihadapi oleh pengguna dalam mengakses perkhidmatannya.

“…kami sedang mengusahakan perkara ini sekarang,” katanya di X, sebelum ini dikenali sebagai Twitter.

Pengguna di seluruh dunia mengalami gangguan platform media sosial, Facebook dan Instagram, termasuk Threads pada malam, Selasa.

Menurut Amanz.my, sebuah media tempatan yang berkaitan dengan teknologi, masalah teknikal itu telah menjejaskan sebilangan besar pengguna Facebook dan Instagram di seluruh dunia manakala sesetengahnya telah beralih dengan cepat kepada platform media sosial alternatif seperti X. – Bernama
 

Meta akui Facebook, Instagram alami masalah teknikal​


06 MAR 2024

2563449.jpg

Lebih 550,000 laporan diterima berkaitan gangguan Facebook dan kira-kira 92,000 untuk Instagram. Agensi


WASHINGTON – Facebook dan Instagram mengalami gangguan teknikal selama dua jam sehingga memberi kesan kepada ratusan ribu penggunanya di seluruh dunia.

Gangguan bermula sejak jam 10 pagi (waktu tempatan) apabila ramai pengguna memaklumkan mengenai perkara itu bahawa aplikasi mereka log keluar secara tiba-tiba dan tidak boleh diakses kembali.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih di Amerika Syarikat (AS) sedang memantau kejadian itu dan tidak mengetahui sebarang aktiviti siber berniat jahat khusus atau perbuatan penggodam pada masa ini.

Menurut laman sesawang penjejakan gangguan Downdetector.com, lebih 550,000 laporan diterima berkaitan gangguan Facebook dan kira-kira 92,000 untuk Instagram.

“Untuk semua yang terkesan, kami (sudah) menyelesaikan isu ini,” kata jurucakap Meta, Andy Stone dalam catatan di X tanpa menjelaskan lebih berhubung isu tersebut.

Meta mempunyai kira-kira 3.19 bilion pengguna aktif harian di seluruh rangkaian aplikasinya termasuk WhatsApp dan Threads. – Agensi
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register