ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Bruce Howe (kiri) bersama Ketua Pemasaran Peranti Mudah Alih Microsoft, Gary Chan memegang telefon pintar Lumia 640 dan Lumia 640XL yang dilancarkan di Kuala Lumpur, semalam. utusan/DJOHAN SHAHRIN SHAH
KUALA LUMPUR 14 April – Microsoft menjangka pelancaran telefon pintar Lumia 640 Dual SIM dan Lumia 640 XL akan menyumbang secara positif kepada pertumbuhan syarikat pada masa depan.
Pengurus Besar bagi Jualan Peranti Mudah Alih Malaysia, Singapura dan Brunei, Bruce Howe berkata, telefon pintar akan terus memperkukuh penguasaan pasaran syarikat, terutama dalam kalangan pengguna mewah.
Beliau juga yakin telefon pintar Microsoft akan terus mendapat tempat dalam kalangan pengguna di sebalik keadaan ekonomi semasa, memandangkan syarikat itu mengeluarkan telefon untuk semua peringkat pengguna.
“Sudah pasti ia akan menarik pembeli dan tidak akan menjejaskan jualan kami kerana pengguna perlukan teknologi serta peranti yang berupaya membawa perkembangan terkini kepada mereka,” katanya kepada pemberita semasa pelancaran telefon pintar itu, di sini hari ini.
Lumia 640 Dual SIM yang akan berada di pasaran bermula 17 April berharga RM739, manakala Lumia 640 XL yang sudah dipasarkan berharga RM929.
Howe berkata, kedua-dua peranti itu direka bentuk untuk pengguna yang mahukan fleksibiliti pada peranti mereka iaitu bagi tujuan kerja dan hiburan.
“Telefon ini membantu pengguna bersedia untuk sebarang situasi menerusi aplikasi Microsoft, skrin berdefinisi tinggi serta bateri yang tahan lama,” katanya
Beliau berkata, kedua-dua telefon juga dilengkapi aplikasi Office 365 Personal dengan langganan percuma selama setahun.
“Menerusi pemasangan Office 365 Personal yang merangkumi aplikasi Office terkini, pengguna juga akan menerima 1TB (satu terabait) tambahan dalam penyimpan OneDrive,” katanya. – BERNAMA