BTC USD 61,989.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Telco diminta segera turunkan tarif

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

AHMAD SHABERY CHEEK​

KUALA LUMPUR 20 Mei – Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah meminta syarikat-syarikat telekomunikasi (telco) menyegerakan penurunan tarif perkhidmatan bagi mengimbangi kesan cukai barang dan perkhidmatan (GST) terhadap kad tambah nilai prabayar telefon.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, biarpun telco memberikan tempoh enam bulan untuk membuat penyesuaian semula, kementerian meminta agar tempoh itu dipercepatkan bagi mengambil kira kepentingan umum terutama golongan pelajar.

“Kita mencari satu formula beli kad RM10 dan apabila diaktifkan tetap mendapat RM10, GST hanya dikenakan apabila penggunaan dibuat dan ini sama seperti penggunaan kad ‘Touch n Go’, apabila bayar letak kenderaan, baru dikenakan GST.

“Kaedah ini lebih baik dan diguna pakai di banyak negara, cuma menjadi isu apabila GST dikenakan, rakyat berasa RM10 cepat habis sebab GST dikenakan.

“Sebab itu kita minta telco turunkan tarif mereka supaya seimbang dengan apa yang rakyat perlu bayar kepada GST dan akhirnya mendapat nilai cakap dan nilai penggunaan lebih kurang sama seperti dulu,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah) yang bertanyakan usaha kementerian berkenaan bagi mengatasi kemelut pelaksanaan GST terhadap kad tambah nilai prabayar telefon yang menimbulkan kekeliruan pengguna.

Menurut Ahmad Shabery, kerajaan perlu berhati-hati dalam menguruskan isu GST terhadap kad tambah nilai prabayar kerana sistem yang selaras diperlukan untuk mengendalikan struktur ekonomi wang digital.

“Kalau dahulu, kerajaan dilihat mengambil cukai ‘up front’ (pendahuluan) ke atas perkhidmatan yang belum diberikan, sekarang ini tidak, kalau orang belum guna, kerajaan tidak mengambil cukai.

“Kedua, negara kita sedang menuju sistem ekonomi digital, pemindahan wang kepada bentuk digital ini tidak hanya untuk beli nilai komunikasi tetapi juga pembelian tiket, barang dan aplikasi,” katanya.

Tegas Ahmad, bagi mengatasi beban pengguna, kementeriannya juga menggesa telco memperkenalkan pakej mampu milik untuk golongan seperti pelajar.

Selain itu katanya, telco diminta sentiasa menambah baik infrastruktur bagi memberikan perkhidmatan dan liputan yang lebih baik.
 
Beli x kena gst,
Guna baru kena gst.

Apa punya bahhalol formula la..
Mana yg katanya setiap topap dh ada sst, dn skg diganti gst..

Babbi tu dh tentu haramnya..
Skg tambah satu lagi haram iaitu ahmad sabery
 
Beli x kena gst,
Guna baru kena gst.

Apa punya bahhalol formula la..
Mana yg katanya setiap topap dh ada sst, dn skg diganti gst..

Babbi tu dh tentu haramnya..
Skg tambah satu lagi haram iaitu ahmad sabery

Halal haram berkait hukum jangan buat
main tuan. Bimbang tergelincir...
 
Back
Top
Log in Register