BTC USD 60,698.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Teksi Rakyat 1Malaysia

talibanes

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
12,991
Joined
Aug 18, 2011
Messages
12,991
Reaction score
1,852
Points
191
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad mengumumkan insentif hampir RM35 juta untuk golongan pemandu teksi di negara ini melalui program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA).

Najib berkata di bawah program TR1MA ini, setiap pemandu pertama teksi akan menerima baucar subsidi tayar sebanyak RM520 bagi penggantian empat tayar untuk tempoh dua tahun.

"Subsidi sejumlah RM34.84 juta yang disalurkan oleh 1Malaysia Development Bhd ini akan memanfaatkan seramai 67,000 pemandu teksi di seluruh negara," katanya semasa melancarkan TR1Ma di hadapan 25,000 pemandu teksi di Stadium Bukit Jalil di sini.

Beliau berkata jenis teksi yang layak menerima subsidi ini ialah teksi bajet, teksi eksekutif, kereta sewa dan teksi lapangan terbang.

Selain itu, Najib juga mengumumkan bahawa kerajaan melalui Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan menyediakan dana lebih daripada RM1 juta untuk menyediakan Skim Insurans Perlindungan Kemalangan Diri kepada 100,000 pemandu teksi di seluruh negara.

Beliau berkata, ini adalah inisiatif jangka pendek kerajaan untuk meringankan beban golongan pemandu teksi di negara ini. - BERNAMA
 
untung dpt sethn subsidi tayar free
 
patutla minta bajet tambahan... bahaya tul la sokong bn ni.. kalau menang ..... modal dah tabur... untung korek lepas menang.
 
Najib: Sistem pajak teksi satu 'perhambaan moden'

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berikrar untuk menghapuskan monopoli lesen teksi oleh syarikat swasta yang disifatkannya sebagai "perhambaan moden".

Kerajaan sebaliknya akan mengeluarkan lesen secara terus kepada individu di bawah satu model baru dalam satu tempoh rancangan.

"Saya tak suka dengar syarikat dapat terlalu banyak lesen teksi. Era kita bagi pada syarikat individu kita akan tamatkan.

"Dan dalam model baru ini kita beri kepada individu dalam satu bentuk sistem baru di mana kepentingan individu kita pelihara dengan sebaik-baiknya.

"Sebab sistem pajak teksi ini satu bentuk perhambaan moden yg saya tak suka," katanya yang disambut dengan sorakan oleh lebih 5,000 pemandu teksi di perhimpunan Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA) di Bukit Jalil pagi ini.

Katanya, sasaran tersebut akan dapat dicapai dalam tempoh antara satu hingga dua tahun kerana kerajaan perlu berunding dengan pihak berkepentingan yang berkaitan.
 
Last edited:
perkara yg biasa berlaku sebelum pru...byk gula2.....lepas pru...kalu diaorg menang leh rase buah peria la sorang2....
 
huhu,
pemandu terksi pun dapat keistimewaan..
syukur la..
 
rasuah jangan tak rasuah
ini rasuah siap pasang spotlight ni..sampai SPRM pun tak bole nampak...terang bangat

dah terdesak sgt ke?? bantuan kerajaan dianggap rasuah...
 
Back
Top
Log in Register