BTC USD 61,411.7 Gold USD 4,345.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Teksi Proton Masih Relevan

myroadtax.com

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,906
Paid Membership
Joined
Feb 12, 2014
Messages
25,906
Reaction score
585
Points
161
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Teksi buatan nasional, Proton masih relevan digunakan setelah hampir tiga dekad memberi perkhidmatan pengangkutan awam kepada rakyat Malaysia.

Ini diakui oleh Wakil Penjualan Teksi Proton, Ismail Haron yang terlibat dalam perusahaan penjualan teksi selama 15 tahun termasuk teksi jenis Iswara yang menjadi keluaran pertama syarikatnya pada 1992.

Beliau berkata dengan harga yang berpatutan, kos penyelenggaraan yang rendah dan penggunaan gas asli untuk kenderaan (NGV) yang menjimatkan, Proton sehingga kini masih sesuai digunakan sebagai teksi.

"Kalau dikutkan semua kenderaan pun ada masalah dari segi penyelenggaraan atau kerosakan, dan Proton juga tidak terlepas daripada semua itu.

"Namun jika penyelenggaraan dijalankan dengan betul, tidak ada masalah besar pun. Kalau tidak, bagaimana kita boleh bertahan sampai keluaran teksi Exora sehingga kini,"
katanya pada sidang media di sini, pada Selasa.

Beliau mengulas laporan media baru-baru ini berhubung kualiti teksi Proton termasuk ruang kereta dan kos selenggara kenderaan yang dilaporkan agak mahal.

Ismail berkata syarikatnya sentiasa mengadakan perbincangan dengan pihak Proton untuk menambah baik kualiti teksi, termasuk berkaitan NGV yang dikatakan tidak sesuai untuk kegunaan Exora berenjin Campro.

Sementara itu, mengulas dakwaan kelembapan pengeluaran Teksi Rakyat 1Malaysia (TEKS1M) jenis Exora oleh syarikatnya, beliau berkata isu itu sepatutnya tidak timbul kerana bahagian produksi telah mengikut perjanjian bersama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berhubung pengeluaran teksi berkenaan.

"Bukan isu produksi yang jadi masalah. Setakat ini kami telah keluarkan 3,000 TEKS1M, namun separuhnya tidak terjual kerana masalah pinjaman bank oleh orang persendirian untuk membeli teksi tersebut. Jadi bukanlah masalah timbul daripada pihak kami," tegasnya.

Daripada 7,500 buah Exora yang dicadangkan, hanya 1,000 sahaja didakwa telah dihasilkan setakat ini, yang dikatakan menimbulkan rungutan dalam kalangan pemandu teksi.

Sementara itu, seorang pengusaha syarikat teksi, Abdul Jalil Maarof berkata sepanjang 25 tahun mengusahakan perkhidmatan itu, prestasi Proton amat memuaskan dan harganya sesuai dengan industri teksi di negara ini.

"Jika semua kereta Proton ada masalah, mesti dah lama tutup. Yang penting pada saya pemandu itu sendiri kena tahu menjaga kereta atau teksi masing-masing dari segi penyelenggaran," katanya.

Seorang pemandu teksi yang dikenali sebagai Mohd Noor pula, sejak memandu teksi jenis Proton pada 1980-an, beliau berpuas hati dengan prestasi kenderaan yang dahulunya menggunakan diesel.

"Sehingga kini pun saya menyokong Proton tambahan lagi dengan penggunaan NGV yang ternyata menjimatkan kos operasi, namun dari penyelenggaraan (NGV) perlulah dititik beratkan untuk mengekalkan prestasinya," katanya.

-- BERNAMA
 
Dulu ada polisi teksi kat kl dan selangor ni umur teksi cuma 2 ke 3 tahun je. teksi pn nmpak cantik je, tak malu dgn pelancong asing. skrg apsal teksi semua buruk buruk?
 
Dulu ada polisi teksi kat kl dan selangor ni umur teksi cuma 2 ke 3 tahun je. teksi pn nmpak cantik je, tak malu dgn pelancong asing. skrg apsal teksi semua buruk buruk?

Mungkin kerana yang dapat permit adalah syarikat atau koperasi kroni.

Kereta teksi bukan milik pemandu. Pemandu sewa daripada syarikat atau koperasi dan jadi supir bawa teksi sahaja.

Siapa nak cuci dan buat servis? Semua lepas tangan, kereta baru pun jahanam.
 
Back
Top
Log in Register