Candlestick Pattern - HAMMER
Hammer ialah sejenis patern pada candle yang terdiri daripada body yg pendek dan wick/ekor yang panjang. Hammer biasanya muncul sewaktu market tengah trending, dan selalunya ia menandakan yang price akan reverse ataupun hanya membuat retracement sebelum meneruskan trend asal.
PIVOT
Pivot adalah garis-garis horizontal untuk hari tersebut yang mewakili level-level support dan resistance.
Contohnya untuk mendapat garis pivot pada hari ini, kita perlulah mengetahui nilai
HIGH, LOW, dan
CLOSE untuk price pada hari sebelumnya.
Formula untuk mendapatkan nilai pivot:
Resistance 3 = High + 2*(Pivot - Low)
Resistance 2 = Pivot + (R1 - S1)
Resistance 1 = 2 * Pivot - Low
Pivot Point = ( High + Close + Low )/3
Support 1 = 2 * Pivot - High
Support 2 = Pivot - (R1 - S1)
Support 3 = Low - 2*(High - Pivot)
So setiap hari selepas solat subuh kita mesti membuat pengiraan ini untuk mendapatkan Pivot utk hari tersebut.
Heh xdelah..

The good news is kita akan gunakan indikator yang berfungsi untuk memplotkan smua garis-garis ni secara automatis dan gratiss setiap hari baru yang bermula..hehe.
Nanti sy tepek indikatornya kat post pertamax.

)
So apa pentingnya Pivot Line ini?
Seperti yang kita semua sedia maklum, ia merupakan level support & resistance, yang mana ianya umpama dinding yang boleh namun sukar utk dibolos oleh price. Selepas attach indi ini, anda boleh lihat sendiri perangai price yang suka melantun-lantun pada garis-garis ini.
Cara menggunakan Pivot Line (3 Days Rule)
Seperti yang kita fahami, Pivot Line berfungsi sebagai zon support dan resistance. Berdasarkan penerangan ringkas dan gambar yang ditunjukkan sebelum ini, dapat kita perhatikan pada garis2 ini tertulisnya
‘Resistance 3’, Resistance 2, 1, Daily Piv, S1, S2, etc..
Untuk teknik ini, kita abaikan kesemua label-label ini. Tumpukan pada garisan-garisan sahaja. Anggap ia sebagai suatu dinding atau halangan kepada price.
Mungkin kita sememangnya telah menggunakan Pivot sekian lama dalam membuat analisis seharian, dan saya pasti analisis kita selama ini hanya berdasarkan data Pivot pada hari tersebut sahaja. Mungkin bukan anda, tapi itu yang saya rasakan penggunaan terbaik pivot selama ini.
Tapi dengan Teknik Tukul, kita akan menggunakan data pivot selama 3 hari. Contohnya, kita akan lihat Pivot pada hari ini, dan 2 HARI SEBELUMNYA pada satu masa dan bukannya berasingan. Dalam erti kata lain, data garisan pivot pada hari ini sah digunakan sehingga 3 hari akan datang. Harap korang boleh faham lah ye dgn ayat anaconda aku ni. :">